Petua pertama adalah mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.
Petua kedua adalah makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.
Petua ketiga adalah pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.
Petua keempat adalah dengan makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.
Petua kelima adalah apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.
Petua keenam adalah banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
Air amat penting untuk menurunkan berat badan secara sihat !!
Petua ketujuh adalah amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan.
Pengambilan supplemen penting untuk kesihatan yang baik
Petua kelapan adalah pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda.Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’.
Bersabar & konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan
Wassalam
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, FAGE,
Master Aesthetic, Anti Aging & Regenerative Medicine
7 comments:
Very informative post. Let me share 1 interesting video berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu
Very informative doc. Tq.
Sedikit info berkenaan suplemen di blog sy
http://bit.ly/1dtyYIN
Assalamualaikum..terima kasih Dr ats info yang bermanfaat..
Jemput ke blog sy utk perkongsian tips yg mngkin jg membantu utk diet..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/tips-mudah-turunkan-berat-badan.html
Assalamualaikum..terima kasih Dr ats info yang bermanfaat..
Jemput ke blog sy utk perkongsian tips yg mngkin jg membantu utk diet..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/tips-mudah-turunkan-berat-badan.html
Terima kasih atas perkongsian Dr. Mudah jer nak jaga kesihatan ni. Nak dengan tak jer.
Tapi nak raya ni, kenelah beringat sebab kuih-muih tu, alahai...hehe
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. cara makan vitamin yang betul
Thx admin for the share. I like. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
Post a Comment