Testosteron adalah sejenis hormon kelelakian yang dihasilkan oleh tubuh
manusia terutamanya dari kelenjar testis lelaki. Ia juga terhasil dalam jumlah yang sedikit didalam wanita daripada kelenjar adrenal pada
buah pinggang. Ia adalah hormon utama
untuk orang lelaki. Paras hormon lelaki ini paling tinggi semasa remaja
sehingga awal 20an dan mula turun dengan kadar satu peratus setahun bermula
daripada umur 30 tahun. Fungsi utama hormon ini adalah membentuk ciri-ciri
fizikal kelelakian seperti misai, janggut, suara garau, bahu lebar, perut
kempis, otot besar, minda fokus dan penumpuan serta untuk meransang nafsu
syahwat.
Apabila paras hormon testosteron ini menurun sehingga ke satu paras yang
agak rendah maka terdapat beberapa tanda atau simptom seperti perut buncit,
otot menjadi kecut dan lembik, mudah letih dan lesu, gangguan mood dan emosi,
mudah marah, kurang fokus dan penumpuan, kemurungan dan yang paling ditakuti
leh orang lelaki adalah masalah ‘mati pucuk’ atau ganguan fungsi erektil zakar
lelaki. Sindrom ini dikenali sebagai ‘Sindrom Kekurangan Testosteron’ atau
Hipogonadisma. Lelaki yang mengalami masalah paras hormon testosteron yang
rendah juga biasanya tidak mempunyai semangat
untuk bersenam dan membuat aktiviti fizikal.
Tiada paras khusus yang tepat untuk tahap kekurangan hormon testosteron
ini, tetapi gejala-gejala tersebut diatas akan berlaku apabila paras hormon
testosteron menurun ke paras kurang daripada 12nmol/L. Diantara punca-punca
berlaku masalah kekurangan hormon testosteron ini adalah kerana penyakit
seperti diabetis, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal, obesiti,
kolesterol tinggi, atherosklerosis, stress yang melampau, sindrom metabolik,
merokok dan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.
Lelaki yang mempunyai masalah sindrom kekurangan testosteron ini akan mempunyai
masalah zakar yang lemah, tidak keras atau tidak boleh kekal keras. Masalah ini tidak akan selesai dengan mengambil ubat
tenaga batin seperti sildenafil, taladafil atau vardenafil. Rawatan khusus
untuk mengggantikan hormon testosteron ini secara pil, krim atau gel sapuan perlu
dilakukan untuk membantu merawat masalah ini.
Terdapat sedikit kesan sampingan pengambilan gantian testosteron ini
seperti jerawat, kulit berminyak, gangguan prostat, bengkak sembab air, bengkak
puting dada, dengkur kuat. Kajian menunjukkan gantian testosteron tidak akan
menyebabkan kanser prostat. Oleh itu amat penting mendapatkan rawatan dari
doktor pakar yang faham tentang rawatan ini. Lelaki yang mempunyai
gejala-gejala testosteron rendah perlu mendapatkan perundingan dan rawatan
secara khusus daripada doktor dan professional dan tidak mengambil rawatan
secara sembarangan dari pelbagai orang yang menjual pelbagai jenis jamu, ubat
kuat tradisi dan sebagainya. Kandungan ubat-ubatan yang tidak diketahui
bahannya secara khusus mungkin boleh membahayakan kesihatan anda untuk
jangkamasa panjang.
Kajian menunjukkan dengan mengambil rawatan gantian hormon testosteron ini
maka seseorang lelaki itu boleh mengawal paras kolesterol, menurunkan berat
badan, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras glukosa darah dengan lebih
baik yang meningkatkan tenaga serta nafsu syahwat ke tahap yang sepatutnya.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan dengan mengekalkan testosteron te
tahap yang sepatutnya akan menguatkan jantung dan memperbaiki perjalanan darah
jantung. Kajian juga mendapati , paras testosteron yang rendah akan
meningkatkan risiko kematian akibat lemah jantung dan dengan mengambil gantian
testosteron boleh mengurangkan risiko kematian akibat lemah jantung sehingga
50% berbanding dengan seseorang yang mempunyai paras testosteron yang rendah.
Terdapat kajian yang kontroversi yang menyatakan bahawa rawatan gantian
testosteron boleh menyebabkan masalah
sakit jantung dan strok. Tetapi kajian ni telah dipertikaikan oleh ahli
sains setelah didapati kajian ini adalah palsu. Oleh kerana itu Persatuan Antarabangsa
Kesihatan Seksual telah mengeluarkan kenyataan yang menyanggah kajian ini dan
menggalakkan rawatan gantian testosteron. Sebanyak duapuluh lima persatuan
perubatan diseluruh dunia telah menyertai Kumpulan Kajian Androgen yang
mendesak kajian palsu tersebut ditarik balik. Kesimpulannya, rawatan gantian
testosteron adalah selamat dan perlu diambil jika mempunyai gejala-gejala yang
menunjukkan kekurangan hormon testosteron.
Beberapa kaedah gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk
mengekalkan paras hormon testosteron ini adalah dengan bersenam secara tetap
terutamanya senaman dengan mengangkat beban besi ,mengangkat beban badan
sendiri, menjaga berat badan dan mengelakkan perut buncit. Kurangkan makan
karbohidrat berglisemik indeks tinggi seperti gula, makanan proses, roti putih,
nasi putih, mee, biskut, jajan dan sebagainya. Makanlah lebih makanan alami
seperti daging, telur, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan
sebagainya. Mengawal stress dan melakukan hubungan seksual secara kerap juga
boleh meningkatkan paras hormon testosteron ini.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE
7 comments:
Salam dr.
Bolehkah hormon testeron meningkat melalui pengambilan supplement tertentu?dan dimana ia boleh didapati
salam doc. saya mohon share artikel ini. terima kasih atas perkongsian.
Salam Doctor,
Boleh tak senaraikan pill/suppliment utk menggalakkan testoren?
Tq.
Smt Hari Raya
Nak tanya sikit doc, sy umur 23 tahun, tp rupa seakan kebudakan. Adakah ianya faktor kekurangan hormon? Perlukah sy mengambil pil/ suntikan hormonsupaya ia nya mampu mengubah "rupa" untuk nmpk lebih matang?
As Salam Doktor .Saya Mati Pucuk Semenjak Umur 16Tahun .Doktor Check Hormone Saya Terlalu Rendah . Puncanya Doktor HBUK Ipoh Perak Bagi Saya Salah Ubat2 Psokiatri Seperti Stelazine Largartil Melleril & Injection Modecate 1cc Setiap Bulan Sekali Utk Penyakit Schizophrenia . Saya Buat Surat Kpd Pengarah HBUK Utk Bagi Ubat Yg Betul Dan Akhir Nya Seorang Doktor Bernama Dr.Juswan Affendi Bagi Saya Ubat Resperidone 1mg Pgi & Malam .Artane 2mg Pgi & Malam & Injection Fluanxol 30mg Sekali Setiap Bulan . Baru Saya Berubah IMPROVE Day By Day . Saya Pesara Kerajaan Umur Saya Sekarang 65Tahun . Saya Ada Mengambil Rawatan Di- Klinik Urology Hospital Serdang Utk Urinary Incontinence Kencing Dlm Seluar . Boleh Kah Saya Memohon Ubat Hormone Lelaki Dpd Doktor Pakar Urology? Ubat2 Salah Yg Di- Berikan Oleh Doktor2 HBUK Menyebabkan Saya Erectal Disfunsion & Premature Ejeculation Selama 28 Tahun . hp Saya 017-6906752 atau 03-87273298 . rosliibrahim05@gmail.com Terima Kasih .
Assalam doc nak rawatan dari doc mengenai hormon
01236555554
Post a Comment