Wednesday, August 29, 2012

KEPENTINGAN GLUTATHION PADA TUBUH MANUSIA....

Glutathion amat penting dalam fungsi biologi manusia dan semua organisma di muka bumi ini. Ia dijumpai di dalam semua sel tubuh dan terutamanya dalam organ hati, limpa, buah pinggang dan pankreas.

Ia bertindak di beberapa bahagian sahaja di dalam sel.
Ia membantu superoksida dismutase dalam melengkap tindak balas terhadap radikal bebas. Ia amat penting dalam melawan radikal hidroksil yang amat aktif . Ia memerlukan faktor bersama selenium dalam melaksanakan fungsi antioksidan.
Glutathion adalah antioksidan semula jadi yang bertindak meneutralkan peroksida yang menyerang bahagian berlemak dalam tisu tubuh manusia. Perlindungan kepada bahagian lemak dalam sel amat penting kerana ia melindungi DNA sel daripada kerosakan.

    Fungsi Glutathion :

Glutathion merupakan antioksidan asas bagi sel-sel tubuh manusia. Ia berfungsi untuk mengitar semula vitamin C yang telah teroksida dan memulihkan kuasanya sebagai antioksidan. Ia amat penting sebagai jaringan penting antioksidan untuk mewujudkan sistem imuniti yang mantap.
Glutathion amat penting dalam sistem imuniti tubuh. Ia melindungi protein dalam sel saraf dalam otak dan membran mukosa sistem penghadaman dari kesan pencemar luaran.
Kekurangan glutation akan meningkatkan kesan negatif radikal bebas pada sel-sel tubuh manusia. Glutathion terhasil secara semula jadi dalam tubuh manusia. Pengambilan asid alfa lipoik sehingga 100 mg sehari mampu meningkatkan tahap glutation dalam tubuh .

Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of Dermatological Treatment pada tahun 2010. Kajian ini dilakukan di Chulalongkorn University , Bangkok yang membuat kesimpulan bahawa pengambilan Glutathion 500mg sehari menjadikan kulit lebih cerah, halus & cantik. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mendapat kepastian kesan jangka masa panjang (Ruj :1) 

Secara ringkasnya  fungsi Glutathion adalah sebagai ;
  1. Anti Oksidan yang kuat
  2. Agen detoksifikasi untuk hati (liver)
  3. Mencegah Kanser (Ruj:3)
  4. Mencegah Sakit Jantung koronari (Ruj :2)
  5. Mencerahkan kulit (Ruj 1)

Suplemen Glutathion :

Glutathion biasanya tidak diambil secara terus sebagai nutrisi tambahan kerana kadar penyerapan yang rendah melalui usus. 

Glutathion boleh diambil secara tidak lansung dengan pengambilan asid alfa lipoik, asid amino N-asetil sistin (N-acetyl Cysteine) dan juga asid amino Glutamin.Pengambilan Glutathion terbaik adalah secara suntikan.

Dos Optima :

Dos yang biasa diambil adalah 500mg sehari.
Glutathion tidak perlu diambil secara terus sebagai supplemen untuk mencegah kanser.
Pengambilan asid alfa lipoik, N–acetyl cystein dan asid amino Glutamin meningkatkan kadar glutation dalam badan.
Pengambilan mineral surih Selenium dan Vitamin B2 diperlukan untuk meningkatkan aktiviti glutathion sebagai anti oksidan.
Supplemen Glutathion biasanya diambil untuk kecantikan kerana ia boleh membantu mencerahkan kulit.

Rujukan :
  1. Glutathione as an oral whitening agent: a randomized, double-blind, placebo-controlled study. Arjinpathana N, Asawanonda P. Journal of dermatological Treatment. Source Division of Dermatology, Department of Medicine, Faculty of Medicine, Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand.
  2. GST polymorphisms and early-onset coronary artery disease in young South African Indians.
    Phulukdaree A, Khan S, Moodley D, Chuturgoon AA. S Afr Med Journal
    SourceMedical Biochemistry, Nelson R Mandela School of Medicine, University of KwaZulu-Natal, Durban.
  3. Role of glutathione in cancer pathophysiology and therapeutic interventions.

    Singh S, Khan AR, Gupta AK. Journ of Exp Ther Oncology
    SourceDepartment of Biotechnology, School of Engineering and Technology, Sharda University, Greater Noida, Gautam Budha Nagar, India.




12 comments:

Anonymous said...

Perluke ambil suntikan Glutathion setiap minggu?

Dr.Norman said...

Tak perlu...kecuali klu nak putih cepat..he he
Ambik sebulan sekali pun OK..

Anonymous said...

Glutathion jenama apa yang bagus doktor ?

Anonymous said...

Quel type d'images que je suis «légalement» a permis d'inclure dans mon blog?

Unknown said...

salam dr..klau mkn 3 suplemen stiap hri bleh? iatu vit c 1000mg, vit e 400mg, dan glutahion..tq

Anonymous said...

salam doc, nak tanya adakah doctor menyediakan perkhidmatan suntikan glutathione ni? sendiri punya atau doc sediakan?

Dr.Norman said...

Pok Jat..boleh makan suplemen yg ditanya setiap hari...takde masalah

Dr.Norman said...

jenama yg baik dari syarikat yg baik..

Anonymous said...

dr norman, sy ibu menyusukan bayi, boleh x sy ambik vit c 1000mg +rosehip dan gluta 125mg? bayi sy br 2bulan dan x full bf...tq doc...

Anonymous said...

dr norman, sy ibu menyusukan bayi, boleh x sy ambik vit c 1000mg +rosehip dan gluta 125mg? bayi sy br 2bulan dan x full bf...tq doc...

Anonymous said...

dr norman, sy ibu menyusukan bayi, boleh x sy ambik vit c 1000mg +rosehip dan gluta 125mg? bayi sy br 2bulan dan x full bf...tq doc...

Anonymous said...

Assalam Dr. saya dapat maklumat sumber omega 3 pun diambil dari ikan bilis dan ikan sardin. Soalan saya ialah bolehkah omega 3 dalam bentuk kapsul dari sumber ikan di atas dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit gout.. kerana apa yang saya tahu orang yang kena gout mesti elakkan makan ikan bilis dan ikan sardin... mohon pencerahan Dr. Terima kasih.