Saturday, April 17, 2010

Aktiviti PERKIS

Kempen Menderma barangan Kitar Semula & Terpakai



Barangan Kitar Semula di jual terus ke pusat kitar semula & hasilnya masuk ke tabung PERKIS



Ahli-ahli PERKIS yang bersemangat dalam kempen ini



Bersama-sama bergotong royong bekerjasama


Pusat pengumpulan di adakan setiap ahad minggu pertama setiap bulan di Padang Bola sepak Taman Merdeka Jaya


Bacaan Yaasiin & Tahlil secara mingguan


Kuliah Kesihatan

Pesakit Hemodialisis yang PERKIS beri bantuan



Pesakit 'Stroke' yang diberi bantuan oleh PERKIS



Ibu Pejabat PERKIS di atas Klinik Dr Norman

PERKIS - PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBNU SINA


Pada 8 Febuari 2010 , telah di tubuhkan secara rasmi NGO ini. Ianya bermatlamatkan untuk membantu pesakit-pesakit susah yang memerlukan bantuan kewangan. Bantuan dari segi moral & kewangan sebagai satu usaha amal jariah yang di tuntut oleh Islam. menziarahi orang sakit adalah amalan besar yang amat dituntut oleh Islam menjadi sebagahagian daripada usaha PERKIS.

PERKIS menjadi satu wadah yang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia ini sebagai satu NGO Muslim yang bergerak ke arah usaha ini . Ia juga menyaingi secara positif NGO-NGO dari agama lain seperti NGO Buddhist & Kristian yang selama ini banyak membuat usaha-usaha amal seperti ini. Insyaallah dengan usaha kita ini dapat pula kita sebagai Muslim di Malaysia ini terlibat secara lansung dalam usaha amal jariah.

Sumbangan kepada PERKIS amat di perlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amal yang akan di jalankan.Sumbangan secara terus ke akaun Bank Islam : 0401 50100 58489.

Insyaallah sumbangan tuan-puan akan di manfaatkan kearah usaha amal yang di rancang.

Wassalam

Dr Norman Mohd Norawi - Pengerusi PERKIS

Sunday, January 17, 2010

Raya Korban 2009

Tengah melapah daging korban

Allahhuakbar..Allahuakbar...semoga korban ku diterima..Insyaallah


Raya korban lepas sibuk dengan program korban di Surau Taman Merdeka Jaya & juga di kampung. Saya yang sembelih korban tu. Teringat zaman semasa di India dulu saya menganjurkan program korban yang melibatkan 21 ekor lembu. Saya sembelih 15 ekor. Itulah pengalaman saya mula terlibat menyembelih ni. Sejak tu ada la sekali sekali sembelih di Malaysia. Insyaallah , semoga ibadah kita di terima Allah , Amiin. Wassalam

Biggest Loser Asia

Dengan Kevin Yue


Dengan Hafiz & David


Depan contestant villa

Saya telah terlibat dalam The Biggest Loser Asia yang telah dijalankan di A Farmosa Resort Melaka. Saya menjadi 'Contestant Medic' untuk rancangan ini sepanjang bulan Oktober 2009. Rancangan ini akan mula di siarkan di Hallmark Channel (Astro 702) mulai 24 Nov 2009. Pengambaran akan berakhir pada 22 Disember 2009. Ianya menjadi satu pengalaman berharga untuk saya kerana buat pertama kali saya terlibat secara lansung dengan rancangan TV yang disiarkan di seluruh dunia.Wassalam