Saturday, January 31, 2009

NAK TAK BERHENTI MEROKOK??




.Buku terbaru tulisan Dr Norman

Buku ini menerangkan kaedah terbaru berhenti merokok hanya dengan mengambil pil setiap hari untuk 3 bulan sahaja.

Akan berada di pasaran pada awal bulan Februari ini. Ini sebagai satu usaha untuk membantu sahabat atau sesiapa sahaja yang berhajat berhenti merokok.

RAWATAN KANSER

Ibu saya telah menjalani pembedahan membuang kanser payu dara dengan selamat tanpa mengalami sebarang komplikasi. Genap sebulan ibu saya di bedah luka pembedahannya sembuh dengan baik sekali.

Semasa rawatan susulan , pakar bedah telah mencadangkan rawatan ibu saya dengan radiotherapy untuk 15 kali dan ubat Tamoxifen sahaja selama 5 tahun. Hasil dari pemeriksaan spesimen kanser tersebut menunjukkan ianya belum merebak ketempat lain. Syukur Alhamdullillah kerana peluang untuk sembuh lebih tinggi.

Kami berjumpa dengan pakar oncoloji di Hosp Pantai Melaka iaitu Dr G. Nonis. Seorang yang sangat peramah dan baik sekali. Rawatan telah dimulakan dan sekarang hanya menunggu masa untuk tamat. Ibu saya menjalani rawatan radioterapi dengan selesa tanpa ada sebarang masalah, cuma selepas rawatan badannya terasa sedikit letih.

Sesuatu yang perlu kita ambil pengajaran di sisni adalah betapa pentingnya jika penyakit kanser ini di kesan awal kerana 'prognosis' nya lebih baik dan rawatan lebih mudah. Wallahualam

MARI BERJIHAD......BERHENTI ROKOK !!

Sekarang semua umat Islam di gesa memboikot barangan keluaran US & Israel dan yang ada kaitan dengan nya. Saya amat bersetuju , tetapi terdapat banyak benda yang kita memang perlukan dan tak dapat nak di boikot.

Isu berkenaan masalah business yang di franchise yang melibatkan usahawan islam yang membeli franchise itu mengalami kerugian & menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan juga sering di perdebatkan.Kenapa kita perlu bertelagah tentang hal ini. Setiap dari kita mestilah menymbang walau sekecil manapun usaha kita umpama kisah burung pipit yang cuba memadam api yang membakar nabi Ibrahim dengan setitis air dari paruhnya. Fikir-fikirkanlah tuan-tuan.

Terdapat satu perkara yang amat baik untuk kita boikot bermula sekarang kerana ia memberi faedah yang amat baik pada diri kita iaitu BERHENTI LAH MEROKOK !! Itu lah seruan saya dan kita boleh bermula sekarang.

Memang di ketahui umum syarikat-syarikat rokok memang berkait dengan Yahudi & Amerika. Oleh itu apa lagi...boikot la segera. Bayangkan setiap sedutan rokok kita itu membantu yahudi zionis membunuh saudara kita di Palestin. Ingat lah wajah-wajah mereka dengan setiap sedutan asap rokok yang di hisap.

Jika saudara kita di Palestin berjihad menentang yahudi zionis dengan senjata , sudah pasti kita juga boleh mula berjihad dengan berhenti merokok. Allahuakbar !!