Tuesday, May 26, 2009

Gambar Ngeri....he he he ...hantu ke ?


Pertama kali saya melihat gambar ini terasa ngeri juga, walaupun saya adalah seorang doktor. Agaknya bagaimanakah perasaan perokok apabila melihat gambar seperti ini.

Usaha pihak kerajaan mewajibkan setiap kotak rokok diletakkan gambar-gambar ngeri seperti memang patut di puji dan diteruskan. Kebanyakan perokok tidak mengendahkan gambar-gambar ini , tetapi mudah-mudahan minda separuh sedar mereka akan dapat diprogramkan semula supaya melihat perbuatan merokok ini sebagai sesuatu yang 'mengerikan' dan 'negatif ' bukanlah seperti yang mereka gambarkan bahawa merokok ini sesuatu yang 'relaks' dan 'membahagiakan'.

Syabas & Tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memulakan usaha yang baik ini semoga usaha-usaha lain yang baik yang diambil dari program anti merokok di Barat & seluruh dunia di praktikkan di Malaysia secepat mungkin.

Wallahua'alam

Jemputan Ceramah




Saya telah di jemput untuk mengadakan ceramah bertajuk " Kebaikan Berhenti Merokok & Rawatan untuk Berhenti Merokok " oleh National Semiconductor Sdn Bhd (NS) di kilangnya di Batu Berendam Free Trade Zone.

Ini adalah hasil usahasama diantara pihak pengurusan kilang NS iaitu melalui Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Tuan Haji Abd Rahman Mohamed , juga syarikat Pharmaceutical Pfizer , Dr Palani ( Klinik Malin , In House doctor) dan juga saya Dr Norman dari Klinik Dr Norman

Ini adalah sebahagian dari program yang di jalankan oleh pihak kilang NS untuk menggalakkan pekerjanya supaya berhenti merokok.

Program ini di jadualkan pada 18 dan 25 Jun 2009 melibatkan hampir 180 pekerja NS yang merokok dan juga terbuka kepada semua pekerja NS umumnya. Sebanyak 3 sessi ceramah telah diaturkan iaitu 2 sessi (pagi & petang) pada 18 Jun 09 dan 1 sessi pagi pada 25 Jun 09.

Ini adalah satu usaha yang amat baik oleh pihak pengurusan kilang NS kerana buat julung kalinya usaha seperti ini dijalankan. Satu berita yang lebih mengembirakan untuk pekerja NS adalah bantuan subsidi sehingga 90% oleh pihak pengurusan kilang NS untuk pekerja mereka yang ingin mendapatkan rawatan dengan kaedah terbaru iaitu rawatan dengan ubat Varenicline (Champix). Jika sekiranya pekerja itu berjaya berhenti merokok sepenuhnya maka 10% yang mereka bayar akan dipulangkan sepenuhnya kembali. Wow..ini sesuatu yang amat baik dan menggalakkan untuk pekerja NS yang merokok supaya berhenti merokok.

Saya berharap semoga usaha seperti akan di ikut dan di contohi pula oleh kilang -kilang & syarikat yang lain di Melaka. Usaha dari pelbagai pihak beginilah yang pasti mampu mencegah bencana kesihatan akibat merokok kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya walaupun pihak kilang NS mengeluarkan belanja untuk pekerja nya mendapatkan rawatan & kaunseling antimerokok tetapi kesan jangka masa panjangnya akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat kerana perbelanjaan syarikat untuk rawatan pekerjanya yang sakit akibat dari merokok akan dapat dijimatkan dan juga masa yang dibazirkan oleh pekerjanya setiapkali mereka merokok akan dapat dikurangkan.

Setiap pekerja yang mengambil masa 10min setiapkali merokok dan keluar lebih dari 5 kali dalam setiap shif akan membazirkan satu hari bekerja dalam setiap minggu. Bayangkan jika perkara ini berlarutan selama 10 tahun.berapa banyak kah masa terbuang ini boleh mendatangkan produktiviti kepada syarikat jika masa itu digunakan untuk bekerja. Fikir-fikirkanlah. Wallahua'lam

Thursday, May 14, 2009

OFFICIAL LAUNCHING OF "NAK TAK BERHENTI MEROKOK?"

Pada 20 Apr 2009 , pihak Truewealth telah menjemput saya untuk ke Majlis pelancaran buku-buku Truewealth di Pameran buku Antarabangasa di PWTC , Kuala Lumpur.

Seramai 14 orang penulis dijemput hadir untuk pelancaran buku masing-masing oleh Dato Dr Abdullah Abd Rahman , Pengarah MPH Bookstore

Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar dan baik

Terima Kasih saya ucapkan kepada pihak Truewealth atas usaha ini.

Semoga usaha sebegini akan diteruskan lagi dimasa hadapan.

Gambar-gambar di Tanah Suci

Umrah ke tanah suci

Alhamdulillah, saya telah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan Umrah & Ziarah ke Tanah Suci Mekah & Madinah dari 4.4.09 hingga ke 15.4.09. Pengalaman disana , Alhamdulillah cukup memberikan satu tarbiah yang cukup berkesan di dlam hati sanubari saya.

Insyaallah , saya akan cuba beristiqomah dengan apa yang saya dapat dari pengalaman disana dengan sembahyang berjemaah , tadarus Al Quran dan munajat serta berdoa penuh yakin kepda Allah.

Satu pengalaman yang saya perhatikan di sana adalah cuaca dan aktiviti yang dilakukan disana boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada tetamu Allah semasa di tanah suci.

Cuaca yang panas boleh menyebabkan masalah kekeringan ( dehydration) dan ini akan menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bermaya. Untuk mengatasi masalah ini , minumlah banyak-banyak air mukjizat nabi Ismail iaitu air Zam-Zam yang disediakan di kedua-dua masjid disana. Insayallahmasalah ini boleh dihindarkan.

Maslah batuk-batuk juga akan berkurangan jika kita selalu meminum air zam-zam kerana mulut yang kering boleh menyebabkan mudah jangkitan kepada tekak kita.

Aktiviti fizikal yang banyak berjalan di sana juga boleh menyebabkan tapak kaki pecah dan ini boleh menjadi punca kepada masalah jangkitan kaki terutamanya kepada pesakit kencing manis, oleh itu selalulah memeriksa tapak kaki , rendam dengan air suam dan sapu lah losyen kaki untuk mengelakkan ianya pecah.

begitu lah serba sedikit pandangan saya. Insyaallah saya akan pergi lagi kesana dimasa depan kerana rindukan suasana beribadah di sana. Amiin , Insyaallah