Wednesday, October 16, 2013

HARI KONVOKESYEN


ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH YG MAHA ESA....

Pada 12 Oktober 2013 maka secara rasmilah saya telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bahagian Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Estetik (MASTER in ANTI AGING, REGENERATIVE MEDICINE & MEDICAL AESTHETIC) di UCSI UNIVERSITY.

Saya adalah dalam kelompok pertama yang telah lulus bidang ini di Malaysia dalam peringkat SARJANA. Didalam kelas saya juga ada beberapa nama yang terkenal dalam bidang perubatan seperti Prof. Dato Dr Aminudin Ahmad (UiTM), Dato Dr Norasyikin Ahmad Mokhtar (Pakar O&G), Dr Ho Choon Moy (Pakar O&G) dan ramai lagi yang telah sama-sama melalui jerih payah belajar dalam bidang ini dan menamatkan pengajian dan melengkapkan 3 Thesis disamping lulus dalam semua ujian bertulis dan Viva yang telah dijalankan.










Ini gambar-gambar kenangan terindah semasa hari konvokesyen tempoh hari bersama keluarga dan anak-anak. Perjuangan seterusnya adalah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat selepas ini, INSYAALLAH

WASSALAM

DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS, MSc(AARMMA), FAGE