Tuesday, November 3, 2009

Raya 2009

Tahun ni raya di Batu Kikir pulak la..Tahun ni ubah trend sikit. Tak pakai Baju melayu macam tahun-tahun lepas. Pakai Jubah pulak la..satu family pakai jubah hitam. Jubah tu beli kat Mekah haritu masa umrah. cantik design nya. Sesuailah pakai masa raya.

Ramai sedara yang pelik tengok pakai jubah ni. Ramai yang panggil 'Pak Aji'..Alhamdulillah..mudah-mudahan makbul doa mereka. Memang ada hajat nak buat haji dalam tahun 2011 sebelum umur cukup 40 tahun. Semoga ALLAH murahkan rezki dan di jemput sekali lagi menjadi tetamu di Tanah Suci. Amiiin

Wassalam

Lamanya tak update..

Sejak lepas raya makin busy sampai nak update blog pun tak sempat. Ini dah nak raya Haji pulak dah , baru la berkesempatan nak jengok blog ni.

Raya lepas sempat jugak buat rumah terbuka pada hari sabtu dlm syawal jugak le...berapa haribulan pun dah tak ingat. Lepas tu banyak jugak pergi 'Open House' orang lain.

Perkara yang paling best berlaku ialah tiba-tiba saya terima satu panggilan dari KL. Ingatkan sapa la call banyak kali. Rupa-rupanya pegawai dari Perpustakaan Negara . Terkejut jugak...sebab Perpustakaan Negara nak beli buku " Nak Tak Berhenti Merokok?" sebanyak 475 buku. Tak sangka buku yang saya tulis mendapat perhatian dari perpustakaan negara. Lepas ni ramai orang boleh lah baca buku saya di perpustakaan di seluruh Malaysia. Tapi tu la...bila gomen beli buku ni, payment memang lambat la...kena keluar modal lak tu beli buku dari penerbit. Tapi tak kisah la..yang penting buku tu akan menjadi rujukan di perpustakaan.

Gitu le serba sedikit apa yang sempat saya nak ceritakan...banyak lagi cerita ni..nantikan 'post' yang seterusnya...Wassalam

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MINAL AIDIL WAL FAIIZIIN

TAQABALLAH MINNA WAMINKUM..YAA KARIIIM

Sedih meninggalkan Ramadhan Al Mubarak. Semoga Allah memanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Bulan mulia , bulan tarbiyah untuk hati yang mencari keredhaan Allah.Semoga amalan dibulan Ramadhan dapat kita istiqamahkan untuk bulan-bulan yang seterusnya, Insyaallah..Amiin

Thursday, August 27, 2009

H1N1- APA YG ANDA PATUT TAHU..

VIRUS H1N1

Sebelum Ramadhan ini saya telah dijemput oleh Surau Annajihiin di Taman Merdeka Jaya untuk memberikan sedikit kuliah subuh berkenaan topik kesihatan. Saya memilih untuk bercakap tentang topik merokok & H1NI. Banyak juga pesakit yang bertanya tentang H1N1. Penat juga saya memberikan penjelasannya.


Melaka adalah diantara negeri yang teruk dilanda wabak H1N1 ini. Pada minggu pertama bulan Ogos klinik saya seperti 'pasar' kerana penuh dengan pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan akibat demam selsema dsbgnya. Kebetulan di klinik saya mempunyai test kit untuk mengesan Influenza A. Ramai yang datang semata-mata untuk menguji samada mereka mendapat penyakit tersebut.


TANDA mengidap jangkitan Influenza A H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain.

Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10 peratus mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk.

Jangkitan pandemik influenza A H1N1 tidak dapat dibezakan dengan selesema lain tanpa ujian makmal. Tanda klinikal pengidap H1N1 adalah sama dengan selesema lain. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 95 % selesema sekarang adalah disebabkan influenaza A H1N1. Keadaan yang sama diperhati seluruh dunia. Dapat erti kata lain, semua kes selesema sekarang perlu dianggap sebagai influenza A H1N1. Sehubungan itu juga, ujian makmal untuk memastikan H1N1 secara umumnya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit.

*H1N1 dan Selsema Babi

Influenza A H1N1 adalah kuman selesema yang biasa dalam persekitaran babi. Wabak H1N1 di kalangan babi pernah dilaporkan sebelum ini. Kali pertama influenza A H1N1 dikesan daripada babi adalah pada 1930. Tetapi strain (jenis) virus influenza A H1N1 terbaru ini tidak dipastikan daripada mana asalnya. Kemungkinan adalah percampuran genetik antara virus daripada burung, babi dan manusia di Amerika Utara.

Ia dilaporkan sebagai selesema babi pada 24 April 2009. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukarkan istilah ini kepada influenza A H1N1 supaya lebih menggambarkan penyebab sebenar kepada selesema ini. Tetapi istilah ‘selsema babi’ masih digunakan oleh media umum dan WHO masih mengekalkan swineflu dalam laman web H1N1.

Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan influenza A H1N1 pandemik Fasa 6. Ini merupakan kali pertama WHO mengisytiharkan wabak pandemik selepas selesema Hong Kong pada 1968. Fasa 6 pandemik diisytiharkan apabila terdapat penularan wabak ini dari manusia kepada manusia secara mendadak dan melibatkan lebih dari dua benua. Malaysia melaporkan kes pertama influenza H1N1 pada 15 Mei 2009.


*Tempoh

Tempoh transmisi virus H1N1 bermula sehari sebelum gejala timbul sehingga tujuh hari selepas gejala bermula. Ini menyebabkan kawalan penyakit ini agak sukar kerana kita tidak dapat menjangkakan bila seseorang akan mendapat demam selepas dijangkiti. Bagi pesakit kanak-kanak dan pesakit kurang daya imuniti pula, tempoh ini mungkin lebih panjang, sehingga tujuh hari selepas gejala berakhir.

Kuman influenza A H1N1 dianggarkan boleh bertahan di persekitaran kita antara dua ke lapan jam. Di persekitaran yang kering dan panas, kuman ini akan mati dalam tempoh yang lebih singkat. Kuman ini boleh dibunuh dengan menggunakan sabun, alkohol dan ubat-ubat antiseptik.

*Rawatan

Secara umumnya, pesakit dengan gejala ringan dan tidak mempunyai penyakit sampingan hanya memerlukan rawatan untuk gejalanya sahaja iaitu ubat demam, batuk dan selesema. Pesakit juga perlu minum banyak air dan makan buah-buahan. Perokok dinasihatkan berhenti merokok. Pesakit yang mengidap gejala selesema perlu mengelakkan kunjungan ke tempat awam dan mengamalkan pengasingan diri sendiri. Bagi pesakit yang dinasihatkan kuarantin di rumah, mereka perlu memerhati tanda-tanda amaran.

Pesakit-pesakit selesema yang mempunyai penyakit sampingan seperti penyakit respiratori (asma, penyakit paru-paru kronik), obesiti, kurang daya imuniti, kanser, diabetes, penyakit jantung mahupun ibu yang hamil perlu mendapat rawatan antivirus lebih awal!

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan khusus penyakit ini iaitu ubat antivirus. Dalam kes di Malaysia ubat antivirus yang digunakan adalah Oseltamivir (Tamiflu). Sebahagian kecil pesakit dianggarkan sekitar 30 peratus sahaja memerlukan ubat ini. Pesakit yang mendapat komplikasi sederhana dan teruk adalah kumpulan yang patut mendapat rawatan antivirus.

Pesakit ini perlu dimasukkan dan diberikan rawatan dalam wad. Pesakit yang mempunyai penyakit sampingan dan pesakit dari kalangan anggota perubatan yang mendapat jangkitan ketika merawat pesakit juga perlu mendapat rawatan antivirus. Pihak Kementerian Kesihatan terus memantau keadaan ini dan kumpulan sasar antivirus akan berubah mengikut keperluan semasa. Pada waktu ini juga dicadangkan pesakit kanak-kanak kurang dari umur lima tahun dan pesakit yang mendapat demam berterusan lebih dari tiga hari juga perlu mendapat rawatan antivirus.

Pesakit yang mengidap gejala ringan tidak memerlukan rawatan khusus. Pertimbangan perlu diberikan kemudahan kesihatan yang mendapat kunjungan pesakit melampaui kemampuan mereka. Sudah pasti kakitangan kesihatan tidak mampu memeriksa dengan teliti setiap pesakit yang hadir. Namun begitu, sekiranya terdapat tanda amaran, mereka yang mengidap gejala ringan ini perlu diperiksa.

Bekalan antivirus adalah mencukupi. Kementerian Kesihatan telah menambah bekalan antivirus kepada 20 peratus jumlah penduduk. Ini adalah kerana kebiasaan bagi sesuatu wabak pandemik influenza yang mana 20 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan mengidap gejala selsema. Ubat ini perlu mendapat preskripsi sama ada dari pengamal perubatan kerajaan atau swasta. Ubat ini tidak dijual di farmasi pada masa ini kerana terlalu mudah mendapat antivirus boleh menyebabkan tiadanya kawalan. Ia juga dibimbangi akan menyebabkan virus H1N1 menjadi kalis kepada ubat antivirus.

Antivirus dan vaksin adalah berbeza. Antivirus adalah ubat untuk membunuh virus, manakala vaksin pula untuk merangsang pembentukan antibodi bagi melawan virus. Antivirus seperti Oseltamivir (Tamiflu) diambil secara oral dan Zanamivir (Relenza) diambil secara sedutan adalah ubat untuk merawat jangkitan virus influenza A. Kadangkala antivirus digunakan sebagai pencegah bagi golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan teruk seperti perempuan mengandung yang terdedah kepada pesakit H1N1.

Buat masa ini, masih belum ada vaksin untuk Influenza A H1N1. Vaksin selesema yang ada di pasaran sekarang ini hanya meliputi selesema bermusim iaitu H3N2. Ia tidak boleh mencegah H1N1. Namun begitu,Pusat Kawalan Penyakit (CDC) masih mencadangkan vaksin ini bagi tujuan mengelakkan selesema terutama di kalangan kumpulan berisiko. Ini juga bertujuan mengelakkan seseorang mendapat dua jenis selesema berbeza dan seterusnya menyebabkan percampuran dua strain kuman influenza berbeza dalam satu badan.


*Topeng muka

Adakah penggunaan topeng muka mencegah H1N1? Ini adalah satu perkara subjektif. Keterlaluan penggunaan topeng muka juga menyebabkan harganya meningkat dan sukar diperolehi dalam pasaran. Topeng kertas berkemungkinan tidak mempunyai kesan untuk mencegah penularan influenza A H1N1. Hanya topeng muka pembedahan (yang mempunyai tiga lapis, bahagian luarnya berwarna) mempunyai kesan sekiranya digunakan dengan betul. Penggunaan topeng muka bukanlah satu alternatif kepada penjagaan kebersihan diri, tangan serta muka dan hidung. Pihak kementerian mahukan supaya topeng muka tidak boleh digunakan lebih dari sehari dan dibuang atau ditukarkan sekiranya kotor, basah, tercemar atau terkoyak.

Memandangkan topeng muka di pasaran adalah terhad, dicadangkan hanya kumpulan khusus yang menggunakan topeng muka iaitu orang yang mempunyai gejala selesema dan orang yang menguruskan, berhubung langsung dan merawat pesakit selesema. Orang ramai boleh menggunakan topeng muka apabila mereka berada di khalayak ramai. Namun begitu, penggunaannya bukanlah alternatif kepada pengasingan diri (social distancing), penjagaan kebersihan tangan dan muka serta adab batuk dan sebagainya.

Hanya Allah mengetahui bila wabak ini akan berakhir. Kita berdoa semoga wabak ini selesai dengan cepat. Dijangkakan di akhir tahun ini vaksin akan memasuki pasaran. Dengan itu, insya-Allah vaksin berkenaan dapat mencegah penularan virus selesema ini. Wallahualam


Tuesday, August 25, 2009

BUKU TERBARU- OMEGA 3


Buku saya yang terbaru telah diterbitkan oleh pihak Truewealth Sdn Bhd pada hari ini yang bertajuk " Omega 3 : fahami faedahnya kepada kesihatan anda".

Buku ini menjawab persoalan yang kerap ditanyakan ramai orang, iaitu supplement Omega 3. Huraian lengkap tentang faedahnya untuk kesejahteraan kesihatan, cara terbaik untuk mengambilnya dan fakta tentang sumber pemakanannya, ada dalam garapan buku panduan ini. Hasil kajian mendalam yang membuktikan manfaat Omega 3 juga dipaparkan untuk kefahaman pembaca.

Dapatkan di kedai-kedai buku utama yang terdekat dengan anda.

Wasssalam



Sunday, August 23, 2009

Kaunseling Berhenti Merokok di NS


Sesi kaunseling ..cabaran berhenti merokok


Hj Abd Rahman ( Safety Officer NS) & Dr Palani



Sessi 'Akujanji Berhenti Merokok'..perjanjian pada diri sendiri..



Mengucapkan Tahniah & memberikan tepukan Tahniah pada diri sendiri kerana menyertai program ini..




Peserta membuat ujian paras karbon monoksida dalam nafas



Pemeriksaan Tekanan Darah & Berat



Diantara perserta-peserta yang menyertai program ini



Saya sedang memeriksa seorang peserta dan memberi sedikit personal kaunseling


Sebagai kesinambungan program berhenti merokok di NS , saya meneruskan sessi kaunseling berkumpulan untuk peserta2 yang masuk program tersebut. Ia sebagai satu proses untuk mereka berhenti merokok dengan lebih berjaya bukan hanya dengan mengambil ubat Champix sahaja.

Terdapat seramai 50 peserta telah turut serta dalam program ini dan untuk sessi ini 20 orang telah hadir untuk sessi pertama. Kesmua di minta mengisi borang & membuat 'Aku janji' untuk berhenti merokok. Sessi pemeriksaan perubatan dengan menimbang berat , tekanan darah , nadi dan paras karbon monoksida (COPPM) peserta. Semuanya memberikan kerjasama yang baik.

Macam2 aduan yang diberikan oleh peserta selepas mula mengambil Champix. Semuanya saya berikan jawapan kepada masalah - masalah tersebut. tetapi akhir kata , saya menceritakan tentang cabaran untuk berhenti merokok akan sentiasa ada , tetapi jika peserta mengalah pada cabaran yang datang , maka mereka akan jadi orang yang gagal. Wallahualam.

Ceramah di Terendak Hospital

Pfizer Malaysia telah meminta saya menyampaikan satu ceramah di Hospital Terendak , mengenai rawatan merokok dengan Champix pada 18 Ogos 09 . Tepat jam 11am saya sampai disana dan buat pertama kalinya saya memberi ceramah di hadapan tentera.

Tentera mempunyai ramai perokok & ceramah ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada mereka. Ceramah saya di hadiri oleh ramai pakar2 perubatan tentera yang saya tidak kenal. Hanya selepas memberi ceramah barulah saya mengenali mereka.

Diantara mereka ialah Brg Jen Dr Farid , Dr Rosman , Dr Zainal , Dr Badli Shah..pangkat mereka saya kurang pasti. Semuanya berjalan lancar dan selepas itu saya di jamu dengan nasi daun pisang . Sangat menarik sbb memang dah lama tak makan atas daun pisang. Cuma sayangnya saya lupa membawa kamera dan tiada gambar kengan disana. Wassalam

Kayuhan 1 Malaysia di Dataran Tg Mas , Muar

Pose 'Samseng 50an'..di Dataran Tg Mas ,Muar


Tembak si 'Jepun' ni...he he , gurau je..


Keratan Akhbar ...tentang program Kayuhan Klasik ini

Berita Harian 21 Ogos 09 , Edisi Johor


China Press , 17 Ogos 09 , Edisi Johor



Basikal unik Cikgu Rahim , Bt Pahat


Pada 16 Ogos , Kelab Basikal Tuan Bt Bdm , dijemput oleh Kelab Basikal Klasik , Muar utk sama2 menjayakan nostalgia kayuhan klasik mengelilingi bandar Muar. Atas semangat merayaka kemerdekaan saya pun turut serta , walaupun memang sibuk dengan jadual yang padat.
Seronok jugak dapat mengayuh basikal keliling bandar muar dengan di 'escort' oleh polis trafik. Pelbagai ragam gaya pakaian yang dipakai oleh peserta kayuhan ini. Yang paling pelik adalah pakaian ala tentera Jepun & pakaian ceti. Semuanya mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu.
Kayuhan ini tidaklah begitu mencabar kerana mendatar sahaja & jaraknya dekat sahaja berbanding kayuhan yang biasa dibuat di Melaka, tetapi kerana jumlah peserta yang ramai menjadikan ianya meriah. Keluar surat khabar China Press & berita harian, tetapi saya tak dapat membelinya kerana kedua-duanya edisi Johor shj.Apa yang penting semangat kerjasama 1Malaysia dan beriadah secara tidak lansung. Wassalam




Berkayuh di Bandar Muar , satu pengalaman yang unik...




Perserta yang pelbagai ragam & rupa...ala-ala 50an




Adun Maharani Dr Mohd Taslim , membacakan doa semasa merasmikan acara ini...sesuatu yang jarang kita lihat seorang ADUN boleh membacakan doa & merasmikan serentak...




Presiden kelab basikal Klasik Muar, memberikan ucapan, dibelakang beliau seorang lagi ADUN YB Er Teck Hua sedang memerhati...


Sedang bersiap utk bermula kayuhan...pakaian ala-ala samseng 50an..he he..sesuatu yang menarik yg tak pernah saya buat..

ATND CONFERENCE

Pada 7 Ogos hingga 10 Ogos lepas , saya telah dijemput untuk menghadiri persidangan Alliance for the Treatment of Nicotine Dependence (ATND) untuk Asian Region. Syarikat Pfizer telah sudi menjemput saya bersama 10 orang lagi delegasi dari Malaysia yang terdiri dari Pakar Perubatan yang terlibat dengan rawatan berhenti merokok. Diantara pakar-pakar yang hadir ialah Dr Abd Kadir , Pengarah Hosp Permai JB , Kol (Dr) Mohd Shah, dari Hosp Ipoh, LKol ( B) Dr Mohd Salleh, Dr Paran , Dr Kamalanathan dan lain-lain lagi.

Ianya adalah satu pengalaman yang amat menarik dan amat bermakna apabila bertemu dengan ramai pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia yang merawat masalah ketagihan merokok ini. Pelbagai maklumat terbaru dapat saya ketahui termasuk kaedah rawatan yang akan datang tidak lama lagi iaitu immunisasi berhenti merokok.

Sempat juga pergi ke Tembok Besar China di Badaling , Beijing. Semput jugak nafas mendaki bukit di situ. Saya cuma mampu membayangkan bagaimana pekerja yang membina Tembok Besar ini mampu membina struktur sehebat ini pada zaman dahulu yang tidak mempunyai alatan pembinaan seperti sekarang ini. Tidak hairan lah ia menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia. Wallahualam

Kenangan di Tembok Besar China



Delegasi dari Malaysia ke persidangan ATND , Asia


ATND , Beijing dari 8 Aug hingga 9 Aug

Saturday, August 15, 2009

Hari keluarga Klinik Dr Norman


Dr Suhaila dengan anak2 staf


Sesi Barbeque malam..sedap boto la..



Sesi mandi swimming pool..seronoknya anak2 , mak bapak tumpang sekaki..


sesi beach Volley ball..beriya2 alia nampaknya..


Berendam dalam kolam mandi..


Bowling bola hoki..kaum wanita


Sesi bowling hoki..juaranya si jerry



Lawan tiup belon..sapa pecah dulu



Sesi bola beracun
anak2


Sempat sambut Birthday Nadhira yg ke 8


Pada 5 August 2009 , klinik di tutup sehari sbb program hari keluarga semua staf klinik.
Walaupun tengah sibuk dengan wabak H1N1 , sempat juga buat program yg dah lama di rancang ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ramai yg talipon tanya kenapa klinik tutup.

Wallahualam

Alumni KISAS 89


Dengan sahabat lama Mufti Perlis Dr Juanda Jaya



Gang2 ALKIS 89



dengan Pilot Amir..lama tak jumpa



Sebelum tee off



menunjukkan skill tee off


bergambar dengan golfer KISAS89

Alumni gang masa kat KISAS dulu berkumpul di kelab Golf Monterez pada 27.7.09 utk reunion & main golf utk golfer2 yg ada.

Busy....since July

Sejak last posting takde update. Terlampau sibuk 2 bulan kebelakangan ini.
Menguruskan penubuhan Pusat Hemodialisis Aman , aktiviti dengan KBTBB dan juga memberi ceramah tentang merokok dibanyak tempat.

Pesakit pula ramai kerana wabak H1N1 , sampaikan meningkat 3x ganda dari biasa.

nak letak gambar2 shj la...apa yg berlaku sepanjang 2 bulan ni.

Wassalam

Ceramah di National Semiconductor




Ceramah di National Semiconductor