Wednesday, August 29, 2012

KEPENTINGAN GLUTATHION PADA TUBUH MANUSIA....

Glutathion amat penting dalam fungsi biologi manusia dan semua organisma di muka bumi ini. Ia dijumpai di dalam semua sel tubuh dan terutamanya dalam organ hati, limpa, buah pinggang dan pankreas.

Ia bertindak di beberapa bahagian sahaja di dalam sel.
Ia membantu superoksida dismutase dalam melengkap tindak balas terhadap radikal bebas. Ia amat penting dalam melawan radikal hidroksil yang amat aktif . Ia memerlukan faktor bersama selenium dalam melaksanakan fungsi antioksidan.
Glutathion adalah antioksidan semula jadi yang bertindak meneutralkan peroksida yang menyerang bahagian berlemak dalam tisu tubuh manusia. Perlindungan kepada bahagian lemak dalam sel amat penting kerana ia melindungi DNA sel daripada kerosakan.

    Fungsi Glutathion :

Glutathion merupakan antioksidan asas bagi sel-sel tubuh manusia. Ia berfungsi untuk mengitar semula vitamin C yang telah teroksida dan memulihkan kuasanya sebagai antioksidan. Ia amat penting sebagai jaringan penting antioksidan untuk mewujudkan sistem imuniti yang mantap.
Glutathion amat penting dalam sistem imuniti tubuh. Ia melindungi protein dalam sel saraf dalam otak dan membran mukosa sistem penghadaman dari kesan pencemar luaran.
Kekurangan glutation akan meningkatkan kesan negatif radikal bebas pada sel-sel tubuh manusia. Glutathion terhasil secara semula jadi dalam tubuh manusia. Pengambilan asid alfa lipoik sehingga 100 mg sehari mampu meningkatkan tahap glutation dalam tubuh .

Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of Dermatological Treatment pada tahun 2010. Kajian ini dilakukan di Chulalongkorn University , Bangkok yang membuat kesimpulan bahawa pengambilan Glutathion 500mg sehari menjadikan kulit lebih cerah, halus & cantik. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mendapat kepastian kesan jangka masa panjang (Ruj :1) 

Secara ringkasnya  fungsi Glutathion adalah sebagai ;
  1. Anti Oksidan yang kuat
  2. Agen detoksifikasi untuk hati (liver)
  3. Mencegah Kanser (Ruj:3)
  4. Mencegah Sakit Jantung koronari (Ruj :2)
  5. Mencerahkan kulit (Ruj 1)

Suplemen Glutathion :

Glutathion biasanya tidak diambil secara terus sebagai nutrisi tambahan kerana kadar penyerapan yang rendah melalui usus. 

Glutathion boleh diambil secara tidak lansung dengan pengambilan asid alfa lipoik, asid amino N-asetil sistin (N-acetyl Cysteine) dan juga asid amino Glutamin.Pengambilan Glutathion terbaik adalah secara suntikan.

Dos Optima :

Dos yang biasa diambil adalah 500mg sehari.
Glutathion tidak perlu diambil secara terus sebagai supplemen untuk mencegah kanser.
Pengambilan asid alfa lipoik, N–acetyl cystein dan asid amino Glutamin meningkatkan kadar glutation dalam badan.
Pengambilan mineral surih Selenium dan Vitamin B2 diperlukan untuk meningkatkan aktiviti glutathion sebagai anti oksidan.
Supplemen Glutathion biasanya diambil untuk kecantikan kerana ia boleh membantu mencerahkan kulit.

Rujukan :
  1. Glutathione as an oral whitening agent: a randomized, double-blind, placebo-controlled study. Arjinpathana N, Asawanonda P. Journal of dermatological Treatment. Source Division of Dermatology, Department of Medicine, Faculty of Medicine, Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand.
  2. GST polymorphisms and early-onset coronary artery disease in young South African Indians.
    Phulukdaree A, Khan S, Moodley D, Chuturgoon AA. S Afr Med Journal
    SourceMedical Biochemistry, Nelson R Mandela School of Medicine, University of KwaZulu-Natal, Durban.
  3. Role of glutathione in cancer pathophysiology and therapeutic interventions.

    Singh S, Khan AR, Gupta AK. Journ of Exp Ther Oncology
    SourceDepartment of Biotechnology, School of Engineering and Technology, Sharda University, Greater Noida, Gautam Budha Nagar, India.




Tuesday, August 28, 2012

APA ITU OMEGA 3. & APA FAEDAHNYA KEPADA KESIHATAN ?

BACALAH BUKU INI.....!!!

IKAN SUMBER OMEGA 3 YANG UTAMA

SUPLEMEN OMEGA 3 YANG ADA DI PASARAN

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Fuhhh...banyaknya faedah kesihatan Omega 3.
Oleh kerana itu...ambillah Omega 3 setiap hari & makanlah IKAN !!! setiap hari

Wallahualam

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS

Wednesday, August 22, 2012

VITAMIN C : FUNGSI DAN KELEBIHANNYA

VITAMIN C :
Fungsi – fungsi dan faedahnya kepada tubuh manusia
Pengenalan :
Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….
Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.
Sejarah Vitamin C :
Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.
Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.
Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.
Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.
Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.






Fungsi Vitamin C :
  1. Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
  1. Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
  1. Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
  1. Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya
  2. Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  1. Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
  1. Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen
  2. Diantara fungsi  lain Vitamin C (secara ringkasnya) :

    (a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.

    (b) Pemulihan luka dan melecur.

    (c) Pembinaan colagen dalam badan.

    (d) Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.

    (e) Membantu penghasilan hormon.

    (f) Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.

    (g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.

    (h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).

    (i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).

    (j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.

    (k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.

    (l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.

    (m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

    (n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

    Sumber yang kaya dengan Vitamin C :



    (a) Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberri ,kiwi dan sebagainya

    (b) Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya

    Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
  1. Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  2. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  1. Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
  1. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  1. Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  1. Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  1. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  1. Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Jumlah kadar Cadangan Harian ( RDA) Vitamin C :
  1. Vitamin C 120mg hingga 250mg sehari – pil
  2. Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.
Kesan Sampingan
  1. Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  2. Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran
darah
  1. Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)

Buku-buku tulisan Dr Norman

RM30.00

RM 30.00

RM20.00

RM30.00

Dapatkan terus dari PENULIS !!

Hubungi : Dr Norman Mohd Norawi

Email : drnormanmlk@yahoo.com.my , buku akan di POS PERCUMA !!!!

Tel : 06 3178300

Facebook : Norman Mohd Norawi

SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT....DEMI UTK KESIHATAN !!

WASSALAM

Masalah Obesiti seantero dunia.......!!

Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang semakin membimbangkan di seluruh dunia pada zaman moden ini. Di Amerika Syarikat masalah ini semakin meruncing dan Malaysia pula mengikuti mereka dengan rapat sekarang. Masalah kegemukan ini janganlah kita pandang sekadar masalah kosmetik luaran atau masalah fitness sahaja. Ia adalah satu bentuk bencana kesihatan zaman moden ini. Ia melibatkan kos yang berbillion dollar setahun. Pada tahun 1998 kos perubatan akibat penyakit bawaan obesiti di USA adalah 78.5 billion dollar, dan ia telah meningkat dua kali ganda kepada 147 billion dollar pada tahun 2008.




Orang yang gemuk atau obes ini menghadapi masalah sosial seperti diskriminasi dan prejudis di sekolah, tempat kerja, sektor pekerjaan secara umum dan juga pada situasi sosial yang lain. Bagi seseorang yang gemuk dan obes, mereka akan cuba menyembunyikan kelemahan ini dengan memakai pakaian yang besar dan juga merasa rendah diri dalam pergaulan seharian. Sebenarnya semua orang adalah terdedah kepada masalah ini. Hakikat yang sebenarnya yang perlu dibimbangi oleh orang yang gemuk atau obes ini adalah masalah kesihatan bawaan obesiti.

Obesiti atau kegemukan bukanlah semata-mata mempunyai berat badan yang berlebihan. Definasi yang paling tepat adalah mempunyai lebihan lemak atau tisu adipos yang berlebihan di tempat-tempat tertentu pada tubuh badan manusia. Ini untuk membezakan seorang ahli bina badan yang juga mempunyai berat badan yang berlebihan, tetapi berat badan itu adalah kerana mereka mempunyai otot yang bersaiz besar dan otot pula adalah lebih berat daripada lemak secara umumnya.




Faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah kegemukan adalah:

1. Makanan dan minuman

2. Kurang melakukan aktiviti fizikal

3. Kekurangan vitamin, mineral, asid lemak omega 3, enzim dan anti oksidan

4. Masalah ketidakseimbangan hormon

5. Stress yang tidak terkawal

6. Tidur yang tidak mencukupi

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA...DAPATKAN BUKU :

 " 8 RAHSIA MENGURUSKAN BADAN TANPA BERDIET DARI PERSPEKTIF SAINS & SUNNAH"



PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBNU SINA ( PERKIS )

Di tubuhkan atas dasar ingin membantu pesakit-pesakit yang susah dan memerlukan bantuan kewangan dan sokongan moral. Sebuah NGO muslim yang bermatlamat untuk membuat amal jariah & kebajikan dari segi kebajikan perubatan.Didaftarkan dengan ROS pada 8 Feb 2010.


SEJARAH & IDEA PENUBUHANNYA

n Kebajikan pesakit muslim terutamanya yang mendapat rawatan Hemodialisis di bela oleh NGO non muslim seperti Amitabha ,Tzu Chi dan St John Society
n Kurangnya NGO muslim yang fokus membantu dalam usaha kebajikan perubatan secara khusus
n Pada awal Januari 2010 mesyuarat awal oleh ahli jemaah Surau An Najihin Tmn Merdeka Jaya bersetuju menubuhkan pertubuhan ini dan perlantikan AJK penaja.
n Di daftarkan secara rasmi di bawah pendaftar pertubuhan (ROS) pada 8 Februari 2010 dengan keahlian 25 orang.
n Mesyuarat Agong pertama pd 21 Mac 2010





KONSEP & FALSAFAH PENUBUHAN


n Menurut ayat Al Quran“ watawanu ala Birri wa Taqwa…” – bertolong bantu dalam kebajikan dan taqwa
n Berdasarkan hadis “ Apabila meninggal anak Adam maka terputus lah amalnya melainkan 3 perkara iaitu Doa anak yang Salleh , Ilmu yang bermanfaat dan Sedekah /Amal Jariah”…usaha PERKIS adalah satu amal jariah kepada semua
n Ayat Al Quran : kuntum khaira ummatiin….kamu adalah sebaik-baik umat yg keluar kepada manusia yang menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran…oleh itu umat Islam sepatutnya menjadi juara dalam hal kebajikan ini.
n “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
n Allah melarang kita daripada mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta berkenaan ke jalan Allah.


VISI
Beramal . Kebajikan . Taqwa
Menjadi satu NGO muslim yang melaksanakan aktiviti Amal Jariah Kebajikan terutamanya dalam bidang kebajikan perubatan kerana mencari Taqwa kepada Allah

MISI
n Membantu pesakit yang memerlukan bantuan kewangan dalam mendapatkan rawatan Hemodialisis dan lain-lain rawatan perubatan.
n Menjalankan aktiviti mendapatkan dana kewangan untuk menjayakan matlamat yang dicita-citakan
n Menjalankan aktiviti amal jariah kepada semua semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.


AKTIVITI MENJANA DANA KEWANGAN
1. Pungutan derma secara terus dari semua ahli masyarakat , syarikat dan korporat
2. Pungutan Yuran Keahlian dari semua ahli
3. Mengumpulkan barangan kitar semula dan menjualnya
4. Mengumpulkan barangan terpakai dan menjualkan semula secara ‘Garage Sale’
5. Menjual barangan ‘souvenir’ pertubuhan kepada ahli seperti baju, topi ,jaket,lencana , pelekat kereta motor dll
6. Sumbangan dana secara tidak lansung seperti dengan SMS , jualan buku dll
7. Menjalankan aktiviti kursus/konvensyen ilmu dengan yuran yang disumbangkan terus kepada dana PERKIS
8. Derma secara potongan gaji atau ‘standing instruction’ kepada akaun penderma terus ke akaun PERKIS
9. Menjalankan aktiviti Makan Malam Amal Tahunan
10. Aktiviti amal kesenian islam
11. Mendapat pengecualian Cukai LHDN dengan sumbangan kepada PERKIS
12. Menganjurkan Tilawah atau Pertandingan Nasyid
13. Ekspo Perniagaan Islam
14. Menerbitkan Buletin / Majalah
AKTIVITI AMAL PERKIS
– yang telah di laksanakan dan dirancang utk di adakan
n Membaca Yasin & Tahlil dari rumah ke rumah setiap minggu
n Menziarahi pesakit tenat dan kronik di rumah atau di hospital
n Menganjurkan kursus pengurusan jenazah
n Menganjurkan kursus amali -Panduan wuduk,tayamum dan solat ketika sakit
n Tazkirah , kuliah tafsir , kuliah kesihatan , ceramah motivasi dll secara mingguan
n Lawatan amal ke Hospital :
- mengedar risalah panduan wuduk,tayamum dan solat ketika sakit.
-ziarah pesakit tenat & paliatif
n Bantuan Bencana
n Ziarah kematian
n Membersihkan Kuburan
n Melawat Rumah orang tua & anak Yatim
n Bantuan kepada anak-anak yatim
n Bantuan Perubatan kepada pesakit Hemodialisis dan penyakit kronik yang lain


Semoga PERKIS akan terus maju dengan sokongan masyarakat Melayu Muslim untuk menjayakan

UNTUK MENDERMA :

BANK ISLAM :
A/K NO: 04015010058489 (Akaun Semasa)

HUBUNGI PERKIS DI ALAMAT :

28-1, JLN MJ 1, TMN MERDEKA JAYA, BT BERENDAM ,75350. MELAKA
TEL ; 06 3172810 





TELAH TERBIT BUKU TERBARU SAYA !!!

'8 RAHSIA MENGURUSKAN BADAN TANPA BERDIET DARI PERSPEKTIF SAINS & SUNNAH'

telah diterbitkan oleh Dr Norman Mohd Norawi pada bulan Julai 2012. Buku ini boleh di beli terus dengan saya dengan menghubungi :

Alamat : Klinik Rawatan Pendamai , Batu Berendam
              28 , Jalan MJ 1 , Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam , 75350 , Melaka

                Tel / Fax : 06 3178300

              Email : drnormanmlk@yahoo.com.my

              FB : Norman Mohd Norawi

Dengan membaca buku ini anda akan dapat memahami kenapa seseorang mudah menjadi gemuk & susah untuk menurunkan berat badan. Anda juga akan memahami konsep 'Glisemik Indeks & Glisemik Load' . Buku ini adalah buku yang pertama yang menerangkan tentang kedua konsep yang sangat penting ini yang menjelaskan segala kekeliruan tentang makanan yang kita makan seharian. Buku ini juga memberikan anda perspektis sebenar tentang faktor-faktor yang menyebabkan anda menjadi gemaok dan mempunyai masalah kolesterol.

Buku ini telah saya dedikasikan kepada PERKIS , oleh itu setiap pembelian buku ini adalah menyumbang kepada dana PERKIS untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan.

BACALAH SAMBIL BERSEDEKAH 
 &
 DAPATKAN BUKU INI DARI SAYA SEGERA...JANGAN BERLENGAH LAGI...

GEMUK ADALAH SATU PENYAKIT YANG BOLEH DIKAWAL !!!

WASSALAM

Tuesday, August 21, 2012

SELAMAT HARI RAYA ..2012

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN...minal aidil wal faiiziinn..Taqaballah minna waminkum....

Kembali semula mengupdatekan blog ni setelah sekian lama..kerana terlupa password. Alhamdulillah , dah dapat semula yg baru.
Kepada yg pernah melayari blog ini saya ucapkan Terima Kasih, Insyaallah...saya akan jawab segala pertanyaan sekadar yg termampu.

Saya juga akan mengupdatekan artikel terkini berkenaan kesihatan

Sekian , dulu...sampai bertemu lagi...

Wassalam

Dr Norman