Wednesday, September 19, 2012

Program Konvoi Aidilfitri & Sumbangan kepada Fakir Miskin di Kg Gangsa, Melaka

PERKIS telah mengadakan satu program menziarahi pesakit & fakir Miskin di Kg Gangsa, Durian Tunggal , Melaka dan menyampaikan sumbangan sempena Aidil Fitri ini. Alhamdulillah, telah mendapat kerjasama baik daripada Pengerusi JKKK Kg Gangsa, Tn Hj Zakaria & AJK Masjid Jame' Kg Gangsa. Seramai 15 orang penerima yang telah disenaraikan untuk menerima sumbangan ini.

Sumbangan ini adalah daripada dermawan yang telah menyumbang kepada PERKIS untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Ianya adalah lebihan dari program yang diadakan sempena bulan Ramadhan yang lepas.

Alhamdulillah, program ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Harian Metro yang sudi membuat liputan untuk program ini.

Van PERKIS yg banyak berjasa membawa barang2 sumbangan
 

Ahli-ahli PERKIS yang turut serta dalam program ini.
 

Sumbangan disampaikan terus kepada yang memerlukan.
 
Sumbangan pada Pak Abu,umur 90 tahun tetapi masih berkebun

Ahli PERKIS sama-sama membantu dengan AJK Masjid
 
Wallahualam
 
Dr Norman
 

Kolumnis Harian Metro...Alhamdulillah

Alhamdulillah, artikel tulisan saya di terima untuk di terbitkan dalam ruangan 'Minda' dalam Harian Metro.
Terima Kasih kepada Editor Rencana Harian Metro, En Sharifudin yg sudi menjemput saya untuk menulis dalam akhbarnya.
Ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan pembaca Harian Metro, mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada pembaca sekelian

Artikel pertama pada 6 Sept 2012

Artikel kedua pada 15 Sept 2012
 
Artikel yang sebenarnya agak panjang telah saya tulis. Tetapi pihak editor terpaksa memotong sebahagian artikel untuk memuatkan dalam ruangan yang ada. Insyaallah, saya akan uploadkan artikel penuh saya di dalam blog ini untuk tatapan pembaca blog ini pula.
 
Mungkin saya dah biasa menulis 'buku' maka terbiasa menulis panjang-panjang. Saya telah cuba menulis dengan lebih padat dan dalam jumlah perkataan yang di minta oleh pihak editor, Insyaallah
 
Semoga saya akan terus dapat menulis untuk menyampaikan ilmu bermanfaat kepada semua pembaca Harian Metro.
Semoga Allah memberkati usaha-usaha saya ini...Amiinn
 
Wallahualam
 
Dr Norman
Wassalam

Wednesday, September 5, 2012

AIR KUNCI KESIHATAN !!

Air adalah bahan asas kepada kehidupan yang ada dimuka bumi. Tanpa air tidak akan ada benda hidup diatas muka bumi ini. Sejak dari zaman dahulu kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan dengan air dan terbukti diseluruh dunia penempatan manusia 90% adalah berdekatan dengan punca air.




Air meliputi 70% dari permukaan bumi. Walaubagaimanapun 98% darinya adalah air masin iaitu air laut.Hanya 2% sahaja air tawar yang boleh diminum dan kebanyakannya terperangkap sebagai ais glasier di kutub utara dan selatan. Oleh itu air adalah satu sumber semulajadi yang amat penting untuk seluruh kehidupan di dunia ini. Hakikatnya diri manusia adalah apa yang kita minum dan bukanlah sahaja apa yang kita makan.



Air adalah asas kepada kehidupan dimuka bumi Allah ini. Otot yang menggerakkan anggota badan kita adalah 75% air , darah yang mengalir membawa segala zat makanan dan bahan kumuhan adalah 82% air. Paru-paru yang mendapatkan oksigen dari udara adalah 90% air dan otak yang mengawal segala sistem dalam badan adalah 76% air. Tulang juga mengandungi 25% air. Kerana kandungan air yang amat tinggi dalam tubuh badan manusia maka kesihatan yang baik amat bergantung kepada kualiti dan kuantiti air yang kita minum.





Sekiranya kita melihat kepada sifat kondisi tubuh manusia, kita akan mendapati air mempunyai peranan besar. Ini adalah kerana air adalah sebahagian besar dari kandungan tubuh badan manusia .Perkembangan tubuh manusia dari janin sehingga ke umur tua mempunyai perubahan peratusan kandungan airnya.



● Fetus (Janin) 100%

● Bayi 80%

● Orang dewasa 60 hingga 70%

● Warga emas 50%



Kebanyakan dari kita tanpa kita sedari menyebabkan tubuh badan kita mengalami kekurangan air yang kronik dengan mengambil minuman yang tidak sihat dan menyebabkan kehilangan air dari badan. Ramai diantara kita yang minum minuman teh , kopi , coklat , soda , air bergas, minuman manis kordial dan lebih buruk lagi minuman beralkohol. Secara tidak lansung tanpa kita sedari kita telah menyebabkan badan kita mengalamai masalah dehidrasi yang kronik yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik yang merbahaya yang akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam bab yang seterusnya.



Jika dilihat dari sudut ekonomi semua minuman tersebut adalah lebih mahal dari air kosong atau air mineral yang jauh lebih sihat untuk menjaga kesihatan anda.



Oleh itu jika anda komited untuk mendapat kesihatan yang baik adalah amat penting untuk anda meminum air yang secukupnya sebagai satu habit yang berterusan. Anda akan mula merasakan kesan baiknya kepada kesihatan anda tanpa menunggu lama dan ia adalah satu ‘pelaburan’ untuk kesihatan yang amat murah dan mudah demi untuk menjamin kesihatan sepanjang hayat.