Tuesday, August 28, 2012

APA ITU OMEGA 3. & APA FAEDAHNYA KEPADA KESIHATAN ?

BACALAH BUKU INI.....!!!

IKAN SUMBER OMEGA 3 YANG UTAMA

SUPLEMEN OMEGA 3 YANG ADA DI PASARAN

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Fuhhh...banyaknya faedah kesihatan Omega 3.
Oleh kerana itu...ambillah Omega 3 setiap hari & makanlah IKAN !!! setiap hari

Wallahualam

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS

26 comments:

Azie said...

salam Dr. Norman,

saya mohon share di blog saya ya artikel ini boleh?

www.vitasihatcantik.blogspot.com

tq

Anonymous said...

Saya mohon share vit ni.
Kalau warga emas....sesuai x mkn omega
Terima kasih

Dr.Norman said...

Sila share...saya suka berkongsi ilmu yg bermanfaat..Terima kasih

Dr.Norman said...

Utk warga emas..sangat digalakkan mengambil Omega 3 utk kesihatan jantung dan keseimbangan hormon...disamping itu ia juga boleh mengurangkan masalah sakit sendi...Insyaallah

Anonymous said...

Salam klu wanita mengandung n ad diabetis blh mkn omega 3 ni x? N pd minggu ke berapa blh start? Dlm kadar brp ye?

Anonymous said...

Salam klu wanita mengandung n ad diabetis blh mkn omega 3 ni x? N pd minggu ke berapa blh start? Dlm kadar brp ye?

Anonymous said...

Salam klu wanita mengandung n ad diabetis blh mkn omega 3 ni x? N pd minggu ke berapa blh start? Dlm kadar brp ye?

Unknown said...

mohon share ya

mamaAdamAfrina said...

Mohon share ye doc ...

Unknown said...

mohon share tq

Unknown said...

terima kasih doctor atas info yang sangat berguna ini. saya mohon share di blog ye..thanks so much :)

Unknown said...

ya omega 3 bagus untuk kesihatan. ada masa boleh lah singgah ke blog saya ya http://khadijahbeautyshop.blogspot.ro/search/label/Omega%20Guard .. doktor boleh share ilmu nya ya..sangat-sangat berguna

Unknown said...

Anonymous : mohon maaf ya kalau saya salah... yang saya taw...ibu mengandung boleh ambik omega 3 dari kandungan 5 bulan ke atas dan stop sebulan sebelum melahirkan.. betulkan saya ya doktor...

Zarina Khalid said...

Salam Doc. Banyak info menarik tentang Omega3 ni. Saya mohon share ya. Thanks. :)

Anonymous said...

tq doc for info..saya mohon share yea

yatiesams said...

info yang sgt berguna!mohon share ye...

Nurul Huda said...

Penjelasan yang mudah difahami dan diperlukan rakyat Malaysia. Mohon share. Terima kasih.

~rosmiyawati~ said...

Assalamualaikum Doc,

Nice info. Mohon sharing di blog saya.

Thanks.

Unknown said...

Terima kasih Dr. Info yg sangat berguna. Saya nk share di blog saya ok. Didahulukan dgn ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Unknown said...

As salam doktor,
terima kasih atas penjelasan ilmu yang panjang lebar dan sangat berguna ni...
oleh itu, saya mohon untuk share ilmu2 ni dalam blog saya ye (eauroracollection.blogspot.com), doktor.anggaplah sebagai penghargaan untuk ilmu yang diberikan.

terima kasih

Unknown said...

mohon share yer doc...
saya masukkan dalam blog saya
www.vitamintot.blogspot.my

TQ=)

Unknown said...

Mohon share DR

Anonymous said...

kbykn pd mnt share lu, udh ngentot ae abis minum susu

Anonymous said...

Salam doctor, brapa sbaiknya kndungn omega 3 yg patut dimkan oleh seseorg utk stiap hari???

Su Lyn said...

Salam doc.. mohon share artikel doc di blog saya ya.. www.sulynabdullah.blogspot.com

Anonymous said...

Slmat tgahari doc sy nk tanya klu mcm sy blh x mkn omega 3 sbb sy baru jer lepas buat pembedahan hernia repair ( 1 bln 12 hr) adakah sesuai tuk sy doc.