Friday, March 20, 2009

Gambar di MPH




Sedang melayan 'peminat' yang nak autograf...

Author's Talk di MPH Alamanda 15 Mac 2009



Sessi ceramah di MPH , di kelilingi pendengar yang berminat.

Authors Talk di MPH Alamanda







Saya telah di jemput oleh pihak penerbit buku saya iaitu Truewealth Sdn Bhd untuk menjayakan sessi ceramah " Author's Talk" di kedai buku MPH di Alamanda , Putrajaya pada 15 Mac 2009.Tajuk ceramahnya adalah kandungan buku saya yang pertama iaitu " Hindari Kanser dengan Anti Oksidan".

Ini adalah pengalaman pertama saya memberi ceramah ditempat terbuka , dimana bukan semua yang datang untuk mendengar ceramah. Seolah-olah menjual ubat di tepi jalan. Dalam hati ada juga perasaan gementar , seandainya saya ini di pandang 'senget' kerana bercakap sorang-sorang.

Tapi berkat galakan & sokongan padu isteri tercinta saya teruskan juga. Pada paginya , wakil dari Truewealth Sdn Bhd iaitu En Fazli telah menalipon saya untuk mengingatkan tentang sessi ceramah ini. Saya bertolak dari Melaka , lebih kurang pukul 12.30pm terus ke Putrajaya. Jalan agak selesa tanpa 'jam' atau apa -apa halangan. Sampai di Alamanda lebih kurang pukul 2.30pm dan agak susah mencari 'parking'.

Saya terus ke MPH Bookstore dan menyediakan diri. Ceramah saya saya jalankan dengan bantuan perisian Power Point menggunakan komputer bimbit saya. Saya diberikan tempat ditengah-tengah kedai buku tersebut.

Tepat jam 3pm saya pun memulakan ceramah saya. Seorang staf dari MPH bertindak sebagai MC dan mengumumkan ceramah saya akan dimulakan. Mulanya agak gementar , selepas saya mula membuka mulut , saya teruskan ceramah tanpa menghiraukan samada orang memandang saya atau pun tidak. Beransur-ansur orang ramai mula mengerumuni tempat itu dan mula mendengar apa yang saya sampaikan.

Syukur saya kerana agak ramai juga yang berminat dengan apa yang saya sampaikan. Abang saya Norazmi yang bekerja di Putrajaya juga telah tiba dan mendengar sama dengan isteri dan anak-anak saya.Anak-anak saya cukup berdisiplin dan tidak mengganggu ceramah yang saya sampaikan dan mereka berdiri mendengarnya dengan tekun. Kehadiran mereka memberi semangat pada saya untuk terus menyampaikan apa yang ingin saya katakan pada hari itu.

Sewaktu berceramah seorang pakcik amat berminat dengan apa yang saya sampaikan. Beliau bertanya banyak soalan dan saya menerangkan semuanya satu persatu. Beliau bertanya apakah dia anti oksidan , radikal bebas dan bagaimana pula ia boleh menyebabkan kanser. Beliau juga amat terkejut apabila saya memberitahu bahawa klorin dalam air paip yang kita minum setiap hari boleh menjadi bahan yang menyebabkan kanser apabila dipanaskan ia bertukar menjadi 'trihalometane' . Bagaimanakah anti oksidan membantu dan juga pentingnya menggunakan penapis air di rumah.

Sepatutnya adik saya Noraida , ibu saya tiga orang lagi anak buah saya Sarah, Fatimah dan Doyah hadir sama tetapi mereka terlewat kerana sesat di Putrajaya. Abang saya yang seorang lagi iaitu Norshamshah (penulis buku Sengkek) terlewat juga .Selepas selesai ceramah saya , sewaktu saya sedang menandatangani buku-buku saya baru mereka tiba. Tak kisah lah ,yang penting sokongan dari mereka memang saya hargai.

Selepas selesai berceramah , beberapa pengunjung membeli buku-buku saya dan mendapatkan "autograf" saya. Buat pertamakalinya dalam sejarah hidup saya rasa macam 'celebriti' pulak apabila ada orang minta autograf. Banyak lagi soalan-soalan yang ditanya sewaktu mereka menunggu buku di autograf. Nampaknya ramai yang berminat dengan buku kedua saya iaitu "Nak Tak Berhenti Merokok?", kebanyakan yang membeli adalah untuk menghadiahkan kepada suami mereka yang merokok.

Pakcik yang banyak bertanya tadi nampak amat berminat dengan buku saya , tetapi mungkin bajetnya untuk membeli buku telah habis untuk hari itu maka beliau menulis di sekeping kertas tajuk buku saya agar dia tidak lupa. Apabila melihat hal itu , saya merasa amat gembira dan saya menghadiahkan sebuah buku saya sendiri kepada pakcik tadi.Beliau amat gembira menerima hadiah saya , kemudian baru lah saya tahu nama pakcik itu ialah Abdullah. Saya cuma meminta Pakcik Abdullah mendoakan saya agar berjaya dalam hidup dan diberi keberkatan oleh ALLAH dalam hidup ini. Saya juga meminta pakcik itu mendoakan saya selamat sampai ke Tanah Suci Mekah & Madinah pada 4.4.09 nanti untuk mengerjakan umrah.

Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Menurut En Fazli dari Truewealth , semua penulis di bawah Truewealth mesti membuat ceramah seperti ini di MPH Bookstore mengikut giliran masing-masing untuk mempromosi buku mereka.

Bagi diri saya yang penting ilmu yang bermanafaat dapat saya sampaikan melalui buku-buku saya. Banyak lagi buku-buku yang sedang saya tulis dan dalam proses awal. pelbagai tajuk yang ingin saya sampaikan kepada ramai manusia yang lain . Saya berdoa semoga usaha saya ini mendapat pahala amal jariah yang berpanjangan sehingga akhirat. Selesai semuanya , kami sekeluarga pergi berjalan-jalan melihat tempat-tempat menarik di Putrajaya.

Wallahualam

Ceramah Anti Merokok di Hosp Putra





Pada 12 Mac 2009 , saya telah di jemput untuk memberi ceramah kepada staf-staf di Hospital Putra ( Putra Specialist Centre) di Melaka. Ceramah itu adalah hasil usaha pihak Pfizer dan juga Dato Ramlah Abas ( Timbalan Pengerusi Hosp Putra) sebagai satu usaha memupuk kesedaran di kalangan kakikatangan perubatan di Hosp Putra.

Ia berjalan lancar walaupun waktu ceramahnya adalah waktu selepas makan tengah hari. Ia mendapat respons yang baik dikalangan pendengar dan beberapa soalan telah dapat saya jawab selepas sessi ceramah. Saya juga mempromosikan buku tulisan terbaru saya di sana.

Memupuk kesedaran bahaya merokok dikalangan pekerja kesihatan adalah amat penting kerana mereka boleh menjadi penasihat kepada pesakit yang datang ke hospital kerana sakit akibat merokok. Terdapat juga sesetangah ahli kesihatan yang merokok , dan berita baik buat mereka kerana kini telah ada rawatan berkesan untuk berhenti merokok.

Insyaallah , usaha bersama dengan Pfizer ini akan di teruskan sebagai satu usaha saya untuk membantu lebih ramai perokok berhenti merokok.

Wassalam

Buku "Nak Tak Berhenti Merokok " di lancarkan



Setelah sekian lama menunggu akhirnya pada 27 Feb 09 buku "Nak Tak berhenti Merokok" telah pun siap. Saya di jemput ke pejabat Truewealth untuk mengambil buku tersebut.

Dengan ditemani oleh isteri tercinta yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan untuk saya terus menulis buku lagi yang dapat memberi manfaat kepada lebih ramai manusia.

Harapan saya buku ini akan dapat membantu ramai perokok-perokok yang hendak berhenti untuk berhenti dengan jayanya.

Gambar diatas bersama isteri tercinta Dr Suhaila Osman dan di bawahnya bersama Senior Manager of Truewealth , Nirmitha.

Semoga para pembaca mendapat manfaat darinya.

Wallahualam