Wednesday, August 22, 2012

VITAMIN C : FUNGSI DAN KELEBIHANNYA

VITAMIN C :
Fungsi – fungsi dan faedahnya kepada tubuh manusia
Pengenalan :
Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….
Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.
Sejarah Vitamin C :
Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.
Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.
Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.
Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.
Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.






Fungsi Vitamin C :
  1. Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
  1. Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
  1. Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
  1. Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya
  2. Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  1. Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
  1. Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen
  2. Diantara fungsi  lain Vitamin C (secara ringkasnya) :

    (a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.

    (b) Pemulihan luka dan melecur.

    (c) Pembinaan colagen dalam badan.

    (d) Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.

    (e) Membantu penghasilan hormon.

    (f) Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.

    (g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.

    (h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).

    (i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).

    (j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.

    (k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.

    (l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.

    (m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

    (n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

    Sumber yang kaya dengan Vitamin C :



    (a) Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberri ,kiwi dan sebagainya

    (b) Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya

    Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
  1. Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  2. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  1. Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
  1. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  1. Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  1. Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  1. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  1. Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Jumlah kadar Cadangan Harian ( RDA) Vitamin C :
  1. Vitamin C 120mg hingga 250mg sehari – pil
  2. Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.
Kesan Sampingan
  1. Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  2. Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran
darah
  1. Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)

66 comments:

Anonymous said...

Keep up the good work.

Anonymous said...

Dok, saya ada soalan...bolehkan vitamin c menghilangkan kutil-kutil kalestrol pada wajah? tq

Anonymous said...

Dok, saya ada soalan...bolehkan vitamin c menghilangkan kutil-kutil kalestrol pada wajah? tq

Anonymous said...

vit C adalah ascorbik asid, tidakkah ia boleh menyebabkan consumer jd pelupa kerana asid..

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Azhar said...

Dok saya dah batuk hampir sebulan lebih,saya masih ingat lagi masa pergi ke klinik kerajaan masa saya batuk hampir 4 bln tu diaorg ada bagi vitamin c dlm bentuk pil yg kecil tu warna kuning ke putih tk ingat...saya ingat nk beli la kt farmasi tp tk ingat la jenis vitamin c yg klinik kerajaan tu beri....oh ya lepas saya mkn vitamin c tu dlm seminggu batuk saya dah sembuh....
Doktor leh email kt saya jawapannya ringilera_77@yahoo.com

ZaaZakaria said...

doktor, sy nk tanya psl ciri2 ascorbic acid..
di awl kehamilan sy, nurse kasi sy vitamin C / ascorbic acid yg kaler oren berbentuk panjang sikit tetapi setelah umur kehamilan sy 8 bln nurse kasi kepada sy ascorbic acid yg kaler putih berbentuk bulat..
sy jd musykil la, adakah nurse tersilap pil ke atau mmg ade gak ciri2 camtu pil tu.
di harap doktor memberi jawapan yang pasti kerana sy risau akan memberi kesan sampingan kepada baby yg bakal lahir tidak lama lg..
terima kasih doktor.

BAKAL IBU YG MUSYKIL

zakiah said...

saya nak amik suntikan vitamin c. perlu tak buat pemeriksaan hati dan ginjal terlebih dahulu sebelum amik suntikan tu?

zakiah said...

saya nak amik suntikan vitamin c. perlu tak buat pemeriksaan hati dan ginjal terlebih dahulu sebelum amik suntikan tu?

fad said...

salam,
saya nak tanya kepada yang lebih arif..saya ade tengok 1 website ni dia jual vitamin c memang murah..adakah ia nya halal?

ini website nya http://vitamin-c.com.my/

sekian.

hanna leeya said...

salam,

saya nk tanya adakah penggunaan vitamin c + cologen (roche) bahaya pada badan??

Anonymous said...

salam...drpd stu sumber sy trbaca y org mkn vit c xboleh mkn udang...btul ke?

Anonymous said...

salam..hye knkwn! sy nk kongsi pndapt..
sy adlh pngamal vitamin c..sy dah amek 3 kali rwtan, stiap rawtan ad 6 kali suntikan stiap mnggu..kesanya memuaskn..kulit smakin cerah, tona kulit smakin skata, kulit halus plak tue, jerawat pn brkurang,kulit kering tiada lagi, selese,a batuk pn tiada lgi..kpd mrk yg mpunyai msalah kulit..sy syorkan mngmbil suntikan vit c, tp sblum tu wat medical chek up tlbih dahulu, kat klinik kesihatan, minta nasihat doktor..slain tu, cos nye mncecah shingga 300 ke atas..dan halal krna ia dri pati buah2an dan hidupan marine,,selamt mncuba..anniarullah@yahoo.com

aniey_annatasia said...

Salam doktor.. Saya nak tahu, adakah pengambilan suntikan glutathion mempunyai kesan sampingan? Mohon penjelasan... :)

Dr.Norman said...

Suntikan Glutathion tiada sebarang kesan sampingan...tetapi kesan kebaikannya ialah ia akan memutihkan kulit terutama kepada org asia berdasarkan satu kajian yg dijalankan di Filipina..:)

Dr.Norman said...

Vitamin C tidak boleh menghilangka kesan kutil-kutil pada kulit muka...

Dr.Norman said...

Vitamin C juga tidak menyebabkan seseorang menjadi pelupa..he he

Anonymous said...

Salam doc..
Saya mempunyai kulit yg sgt kering terutama sekali seluruh bahagian kaki jika dilihat seperti bersisik dan gatal bila ia terlalu kering..adakan suntikan vitmin c sesuai utk masalah kulit saya ni...

noraz said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

SAYA ada maslh byk angin. Kdg2 pernah sampai sesak nafas. Bolehkah SAYA mngmbil vitamin c?

dini said...

seorang rakan bagi tau, pengambilan vit c secara oral (produk kecantikan sekarang) akan beri kesan jangka panjang iaitu kerosakan hati. betul ke doc?

Anonymous said...

salam doc, sy memang dr stdy dulu ambil injec vit c+glutha. sy stop lepas kawin coz nak prgnant. lepas prgnant sampai sekarang bby dah lahir pun belum ambil lg. nak tanya kalau breasfeed baby boleh ke ambil suntikan ni? yang mana sesuai? yg sy tau glutha tak boleh

Unknown said...

salam doctor, apa jenama produk vit c yang boleh doc sarankan pada yang baru nak cuba menyuntik?

Dr.Norman said...

Salam,
Vitamin C tidak akan menyebabkan kerosakan hati..

Dr.Norman said...

Semasa menyusukan anak, tiada masalah dgn pengambilan Vit C..

Dr.Norman said...

Perut yg ada masalah angin juga tiada masalah mengambil Vit C..

Dr.Norman said...

Pilih jenama dari syarikat yang terkenal dan baik...

Dr.Norman said...

Kulit kering dan seolah2 bersisik amat baik jika dirawat dgn Vit C...Insyaallah

Anonymous said...

Salam doc. Sy ingn minx pndpt doc.adakah bgus jika sy ambl suntikn vit c+ kolagen besama dgn glutex?

Anne said...

dr,ada ka vit c bole merawat jerawat skiranya d ambil stp hri dgan dos 1000mg ??

Unknown said...

dr,klu suntik vit c ni,sy msh blh teruskn mkn jamu tak?

Anonymous said...

salam doctor,
minggu lepas selepas sy mendapatkan inject vit c+collegen+gluta, keesokan harinya saya mendapati lymph nodes saya dileher membengkak. kini hampir 1minggu masih belum reda. dlm masa yg sama saya ade mengamalkan produk skin care yg menyebabkan gatal di leher. so saya tak pasti lymph nodes yg membengkak adakah disebabkan suntikan vit c atau produk skin care tersebut.? dan sy buntu sama ada ingin meneruskan atau tidak suntikan tersebut. sy pernah ke klinik lain dan dia mengatakan suntikan vit c akan menyebabkan penyakit batu karang..

Dr.Norman said...

Suntikan Vit C + Glutathion tidak menyebabkan masalah bengkak lymph nodes.
ia biasanya disebabkan jangkitan kuman samada dari kulit atau kawasan dalam 'drainage' area utk lymph nodes itu...so, mungkin ianya berpunca dari masalah kulit gatal-gatal itu...
Vitamin C juga tidak menyebabkan masalah batu karang kerana sehingga ini fakta ini tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana kajian yang dilaporkan oleh journal perubatan..sila rujuk ke laman web Pub Med dan buat carian tentang Vitamin C dan Renal Stones...tiada kajian yg membuktikan ianya berlaku...

Wassalam

Dr Norman

Anonymous said...

terima kasih atas penerangan doctor.. so skrg saya dah tau ia berpnca dri produk skin care itu.

bel said...

Tqvm dr atas kupasan yg jelas.i suke baca ur blog.it inspire me.

Unknown said...

Hi doc, sy ingin btanya, adakh emilay whitening softgel tu slmt dimkn?

syuhair78 said...

Assalam doc.. Nk tnya.. Vitmin c 1000mg tu umur brapa blh mkn ya? Ank saya umur 10thn dn 12 thn sesuai vit brapa mg?

Unknown said...

Salam doc boleh ke sye injec vitamin c untuk menghilangkan bekas parut gigitan nyamuk.boleh hilang ke doc

Pinkishbeautystore said...

we are supply and currently doing year end sales for any beauty injection product all 25% for market price. do email us at pinkishbeautystore@gmal.com

or whassap 016-7114112
*all products genuine and approve by doc

Ziana Eunos said...

banyak inf02 kesihatan yg menarik..saya suka..
visit my blog
zianahealthcare.blogspot.com

saya distributor SHAKLEE, nak try vitamin2 yg selamat, berkesan,semulajadi, halal..

Anonymous said...

Vitamin c tak boleh makan bersama udang. Btol ke???

Orangefx said...

Saya ingin bertanya,..

Orangefx said...

Benarkah suntikan vit.c boleh mengecutkan saluran darah (urat yg disuntik). T.kasih

Anonymous said...

Doc.i wanna ask.i on medication...i ambil ubat hormone coz of jerawat yg bnyak dmuka...so can i take 1000mg of vit c as supplement??need ur feedback..

Anonymous said...

tq doc atas pencerahan..saya amalkan vitamin C shaklee, semulajadi dan berkualiti..sapa yg berminat boleh pm/wasap saya 0177854596..

Unknown said...

terima kasih doc sharing untuk vitamin c

www.sarenaibrahim.blogspot.com

Anonymous said...

Untuk suntikan vitamin c dan collagen Area Penang boleh whatsapp 018-4088 660

Unknown said...

salam
saya nk tnye kalau ambil suntikan vit c adakh ianya bahaya atau tidak?

Unknown said...

Salam..
Pesakit asma boleh makan vitamin c ni tak?

Suliana Yusof said...

betulkah bahaya jika ada bahan pengawet asid benzoik di dalam vitamin c?

Anonymous said...

Doc. I need ur respond plz. Saya amik suntik vit c + gluta. Sekali seminggu. Ni dah masuk yg ke 6 kali. Tp tak nampk kesan lagi. Kenapa ya? Da la mahal rm600 sekali suntik. Buat kat medical centre yg bagus in town.

aQiL QilLaH said...

vitamin c ni ada dlm bentuk cream x

ezah said...

Sy ade beli inject vitamin c tapi saya tak berani nak inject bole ke sy sapu saje di muke atau campur dlm losyen n ape kesan kebaikan atau keburukan

Ruzana Ibs said...

Assalam Doc
Saya baru terbaca tentang seseorang ni mengalamai kanser disebabkan Vit C. Bukankah Vit C ni toxid kepada cancer? ie.. ia mengurangkan/mengubati cancer?

Cuba doc baca kisah di sini.
https://www.facebook.com/nurull.halawati?ref=ts&fref=ts

Tq Doc

Unknown said...

Salam, Dr. Sya ada beli vit c dan diserta kan vit b, "traninject" (tranexamic asid) dan transcaps... Bolehkan vit c, vit b dan traninject "tranexamic asid" di inject sekali???? Bole DR. Jelaskan fungsi tranexamic asid bg tujuan memutihkan kulit dan kesan kebaikan mahupun keburukan.tq

Unknown said...

Salam, Dr. Sya ada beli vit c dan diserta kan vit b, "traninject" (tranexamic asid) dan transcaps... Bolehkan vit c, vit b dan traninject "tranexamic asid" di inject sekali???? Bole DR. Jelaskan fungsi tranexamic asid bg tujuan memutihkan kulit dan kesan kebaikan mahupun keburukan.tq

syahfahmi said...

Salam dr. Minta izin copy manfaat vit c ni ea.

Unknown said...

Salam doc.. sy shakiera, brp dos @ kandungan yg disarankan utk pengambilan gluthatione dan vitamin c dlm badan.. nasihat doc amat2 diperlukan.. terima kasih..

Unknown said...

Salam doc.. sy shakiera, brp dos @ kandungan yg disarankan utk pengambilan gluthatione dan vitamin c dlm badan.. nasihat doc amat2 diperlukan.. terima kasih..

Unknown said...

salam dr..kalau penggunaan 1000mg xelok diamalkan utk seharian..bolehkah sy mengamalkan jenama cebion vitamin c 1000mg everyday?dan apa kesan jangka masa panjang jika diamalkan setiap hari?respond dr amatlah dialu2kan.terima alsih.. :)

Unknown said...

salam dr..kalau penggunaan 1000mg xelok diamalkan utk seharian..bolehkah sy mengamalkan jenama cebion vitamin c 1000mg everyday?dan apa kesan jangka masa panjang jika diamalkan setiap hari?respond dr amatlah dialu2kan.terima alsih.. :)

Unknown said...

Assalam doc..saya nk tnya..sy ade beli vic c cebion 1000mg ..boleh ke ambil setiap hari?

Unknown said...

Assalamualaikum..sy suria penang...sy nk brtanya pd doc..sy ada masalah exzema..boleh ke sy mengambil vitamin c ataw suntikan vitamin c..skrg sy mkn ubt dri pakar kulit socka...dn sy nk brtanya apa pendapat doc tntg sakit exzema nih..dan rawatan yg baik utk sesiapa yg menghadapi mslh exzema..adakah jika sy mengambil vitamin c,exzema sy akn hilang dn gatal2 pd kulit sy..tq😀

Anonymous said...

Utk yg mghidap psoriasis blekh ambil cebion ni?

Unknown said...

doktor sy baru lps operate czer blh ka sy ambk vit c sbgai pyembuhan luka dlman.

Unknown said...

Salam doc sya nak tanya adakah vit.c cebion ni boleh diambil tidak kira umur atau ada had umur.. Contoh kanak2 umur 6 dan 4 tahun boleh mula amal tak