Saturday, April 17, 2010

Aktiviti PERKIS

Kempen Menderma barangan Kitar Semula & Terpakai



Barangan Kitar Semula di jual terus ke pusat kitar semula & hasilnya masuk ke tabung PERKIS



Ahli-ahli PERKIS yang bersemangat dalam kempen ini



Bersama-sama bergotong royong bekerjasama


Pusat pengumpulan di adakan setiap ahad minggu pertama setiap bulan di Padang Bola sepak Taman Merdeka Jaya


Bacaan Yaasiin & Tahlil secara mingguan


Kuliah Kesihatan

Pesakit Hemodialisis yang PERKIS beri bantuan



Pesakit 'Stroke' yang diberi bantuan oleh PERKIS



Ibu Pejabat PERKIS di atas Klinik Dr Norman

PERKIS - PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBNU SINA


Pada 8 Febuari 2010 , telah di tubuhkan secara rasmi NGO ini. Ianya bermatlamatkan untuk membantu pesakit-pesakit susah yang memerlukan bantuan kewangan. Bantuan dari segi moral & kewangan sebagai satu usaha amal jariah yang di tuntut oleh Islam. menziarahi orang sakit adalah amalan besar yang amat dituntut oleh Islam menjadi sebagahagian daripada usaha PERKIS.

PERKIS menjadi satu wadah yang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia ini sebagai satu NGO Muslim yang bergerak ke arah usaha ini . Ia juga menyaingi secara positif NGO-NGO dari agama lain seperti NGO Buddhist & Kristian yang selama ini banyak membuat usaha-usaha amal seperti ini. Insyaallah dengan usaha kita ini dapat pula kita sebagai Muslim di Malaysia ini terlibat secara lansung dalam usaha amal jariah.

Sumbangan kepada PERKIS amat di perlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amal yang akan di jalankan.Sumbangan secara terus ke akaun Bank Islam : 0401 50100 58489.

Insyaallah sumbangan tuan-puan akan di manfaatkan kearah usaha amal yang di rancang.

Wassalam

Dr Norman Mohd Norawi - Pengerusi PERKIS