Tuesday, May 26, 2009

Jemputan Ceramah




Saya telah di jemput untuk mengadakan ceramah bertajuk " Kebaikan Berhenti Merokok & Rawatan untuk Berhenti Merokok " oleh National Semiconductor Sdn Bhd (NS) di kilangnya di Batu Berendam Free Trade Zone.

Ini adalah hasil usahasama diantara pihak pengurusan kilang NS iaitu melalui Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Tuan Haji Abd Rahman Mohamed , juga syarikat Pharmaceutical Pfizer , Dr Palani ( Klinik Malin , In House doctor) dan juga saya Dr Norman dari Klinik Dr Norman

Ini adalah sebahagian dari program yang di jalankan oleh pihak kilang NS untuk menggalakkan pekerjanya supaya berhenti merokok.

Program ini di jadualkan pada 18 dan 25 Jun 2009 melibatkan hampir 180 pekerja NS yang merokok dan juga terbuka kepada semua pekerja NS umumnya. Sebanyak 3 sessi ceramah telah diaturkan iaitu 2 sessi (pagi & petang) pada 18 Jun 09 dan 1 sessi pagi pada 25 Jun 09.

Ini adalah satu usaha yang amat baik oleh pihak pengurusan kilang NS kerana buat julung kalinya usaha seperti ini dijalankan. Satu berita yang lebih mengembirakan untuk pekerja NS adalah bantuan subsidi sehingga 90% oleh pihak pengurusan kilang NS untuk pekerja mereka yang ingin mendapatkan rawatan dengan kaedah terbaru iaitu rawatan dengan ubat Varenicline (Champix). Jika sekiranya pekerja itu berjaya berhenti merokok sepenuhnya maka 10% yang mereka bayar akan dipulangkan sepenuhnya kembali. Wow..ini sesuatu yang amat baik dan menggalakkan untuk pekerja NS yang merokok supaya berhenti merokok.

Saya berharap semoga usaha seperti akan di ikut dan di contohi pula oleh kilang -kilang & syarikat yang lain di Melaka. Usaha dari pelbagai pihak beginilah yang pasti mampu mencegah bencana kesihatan akibat merokok kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya walaupun pihak kilang NS mengeluarkan belanja untuk pekerja nya mendapatkan rawatan & kaunseling antimerokok tetapi kesan jangka masa panjangnya akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat kerana perbelanjaan syarikat untuk rawatan pekerjanya yang sakit akibat dari merokok akan dapat dijimatkan dan juga masa yang dibazirkan oleh pekerjanya setiapkali mereka merokok akan dapat dikurangkan.

Setiap pekerja yang mengambil masa 10min setiapkali merokok dan keluar lebih dari 5 kali dalam setiap shif akan membazirkan satu hari bekerja dalam setiap minggu. Bayangkan jika perkara ini berlarutan selama 10 tahun.berapa banyak kah masa terbuang ini boleh mendatangkan produktiviti kepada syarikat jika masa itu digunakan untuk bekerja. Fikir-fikirkanlah. Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

ade cadangan la..apa kata publish buku tentang pengurusan stress plak..?