Sunday, February 10, 2008

Anti Oksidan & kepentingannya

Ahli perubatan Cina di zaman dahulu telah mengkaji ekstrak dari pokok Ginkgo Biloba dan Ginseng. Para ahli perubatan cina pada zaman itu kagum dengan pokok ini mempunyai akar yang sangat panjang dan ia boleh hidup sehingga seribu tahun lamanya

.Kerana itu mereka merasakan terdapat khasiat tertentu pada pokok ini yang boleh melanjutkan usia kehidupan. Saintis masa kini telah banyak membuat kajian bahawa sebenarnya pokok Ginkgo dan Ginseng ini mengandungi sebatian yang mempunyai bahan anti oksidan dan banyak lagi sebatian lain yang boleh melancarkan pengaliran darah dalam tubuh manusia. Hingga hari ini pelbagai jenis anti oksidan lagi telah di temui oleh para saintis

Hasil kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa bahan bahan anti oksidan mampu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit manusia hari ini. Hakikatnya ahli perubatan Cina gagal menemui formula kehidupan abadai tetapi telah menemui formula kesihatan abadi hasil pemerhatian mereka.

Formula kesihatan abadi yang saya maksudkan ialah pengambilan antioksidan sebagai nutirisi tambahan untuk mengekalkan kesihatan hingga akhir hayat. Buku ini akan menerangkan konsep anti oksidan mencegah pelbagai penyakit kronik yang melanda manusia hari ini. Ia adalah hasil dari pembacaan berpuluh-puluh buku dan jurnal sains yang menjelaskan dan menyiarkan kajian-kajian saintifik tentang konsep anti oksidan .

Sayang sekali hampir semua buku- buku ini adalah dalam Bahasa Inggeris dan sudah pastinya ilmu tentang anti oksida tidak akan dapat di fahami sepenuhnya oleh pembaca buku Melayu. Oleh itu saya merasa terpanggil untuk menulis buku yang menerang konsep anti oksida ini di dalam Bahasa Melayu. Semoga pembaca –pembaca buku melayu mendapat manafaat dari konsep anti oksida dalam menjaga kesihatan.

Saya pada mulanya amat janggal dengan konsep anti oksida dan radikal bebas Anda tentu tertanya-tanya kenapa seorang doktor tidak memahami konsep ini Ini adalah kerana subjek ini tidak saya pelajari semasa di kolej perubatan. Amat aneh kerana konsep dan teori sehebat ini tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran biokimia atau pathologi yang di ajar kepada bakal-bakal doktor.

Mungkin anda merasakan ianya mungkin perubatan alternatif ,naturopathy, holistik dan sebagainya Hakikatnya, konsep anti oksida ini bukanlah di cipta oleh pengamal perubatan alternatif . Ianya adalah teori yang di cadangkan oleh para saintis hasil pemerhatian dan kajian yang di lakukan secara saintifik . Ianya banyak disiarkan di dalam jurnal –jurnal sains dalam bahagian pemakanan (nutrition) , biokimia dan perubatan .

Sejarah keluarga saya yang mengidap penyakit kanser dan akhir nya cmeninggal dunia kerana kanser paru-paru ,bapa mertua saya meninggal dunia kerana mengidap kanser prostat dan kakak ipar saya meninggal dunia kerana kanser payu dara menyebabkan saya merasa kecewa dengan kaedah rawatan masa kini yang tidak menyembuhkan penyakit seperti ini.Adakah saya juga akan mendapat penyakit yang serupa kerana faktor genetik.

Kadangkala kita merasakan seperti kita ditakdirkan untuk mengidap penyakit seperti ini tanpa kita boleh berusaha untuk mengelakkannya. Takkan lah tiada kaedah untuk mencegah penyakit seperti kanser ini sebelum ia bermula .Kaedah perubatan moden memang memahami tentang konsep karsinogen yang menjadi faktor penyebab kanser . Hakikatnya kita hampir mustahil untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada karsinogen ini .

Jika kita tak dapat mengelakkannya jalan terbaik adalah dengan mempunyai sistem pertahanan diri yang kuat. Bukanlah maksud saya kita mengamalkan seni mempertahankan diri seperti Karate Do dan sebagainya tetapi kita mengambil penawar yang mampu menguatkan tubuh badan kita di peringkat sel lagi untuk melindungi diri kita dari kesan karsinogen ini. Hasilnya kita tidak akan mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya ini dan menderita kerananya.

Kerana itulah saya membuat lebih banyak pembacaan tentang apa sahaja topik yang berkenaan mencegah kanser sebelum ia bermula. Kaedah pencegahan penyakit yang lebih baik iaitu mencegah penyakit sebelum ianya bermula sebagaimana yang selalu kita dengar “mencegah lebih baik dari mengubati” . Kaedah screening yang ada dalam dunia perubatan sekarang melalui scan, ujian darah, biopsy, pap smear, mammogram dan sebagainya hanya bertujuan untuk mengesan penyakit kanser di peringkat awal dengan harapan dapat merawat kanser itu dan menyembuhkannya dengan kaedah rawatan secara pembedahan , kemoterapi atau radioterapi kerana secara statistiknya rawatan awal memberi peluang yang lebih baik untuk menyembuhkan penyakit –penyakit ini.

Saya mula terbaca mengenai anti oksida dan kesannya ke atas radikal bebas di dalam British Medical Journal (BMJ) selepas mendapat izajah perubatan, ianya amat menarik pada diri saya dan saya terfikir kenapakah subjek ini tidak di tekankan dengan mendalam semasa menjadi pelajar perubatan dahulu. Selepas itu saya mula membaca lebih banyak buku berkenaan topik ini. Majoriti buku-buku berkenaan topik ini di tulis oleh para saintis barat dan juga doktor.Di Barat revolusi kesihatan atau wellness ini telah berkembang dengan pesatnya sehinggakan industri nutrisi tambahan ini di ramal akan menjadi industri trillion yang seterusnya.Rata-rata masyarakat di barat telah mempunyai lebih kesedaran tentang penting menjaga kesihatan dengan mengambil anti oksida ,vitamin dan mineral. Sehingga kini wujudnya revolusi pemikiran baru di kalangan ahli perubatan iaitu kaedah mencegah penyakit sebelum ianya terjadi dan mengekalkan kesihatan hingga ke hari tua.
Dalam buku The new Anti Aging Revolution , Dr Robert Goldman menulis banyak faktor-faktor lain yang penting untuk mengekalkan kesihatan dan anti penuaan dan konsep anti oksida adalah salah satu darinya.
Dari perspekstif buku ini saya akan menumpukan konsep asas tentang anti oksida sahaja.


Dengan adanya internet sekarang amat mudah untuk kita mencari dan mendapat maklumat terkini tentang topik ini. Bila melayar internet kita dapat melihat terlalu banyak kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal saintifik berkenaan topik ini. Ini tambah meyakinkan saya tentang kepentingan anti oksida dalam mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan.

Memandangkan semua jurnal –jurnal saintifik di tulis dalam Bahasa Inggeris dan banyak menggunakan istilah perubatan sudah pasti golongan yang bermanafaat adalah golongan doktor. Tetapi kerana topik ini tidak pernah di ajar di kolej perubatan, doktor pula menjadi golongan yang tidak menggalakkan nutrisi tambahan (nutritional supplement) seperti ini. Anda tentu akan bertanya dengan doktor anda tentang vitamin dan sebagainya .

Sudah tentu jawapan yang anda terima seperti berikut :

“makanan yang kita makan sudah cukup mengandungi vitamin yang kita perlukan..”

“ vitamin yang di perlukan oleh badan amat kecil kuantitinya , kalau mengambil vitambahan hanya akan menyebabkan ‘kencing mahal’....”

“anda boleh mendapat penyakit terlebih vitamin jika mengambil vitamin tambahan....”

”anda boleh mendapat penyakit batu karang jika mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.....”

Begitulah kebanyakan jawapan yang kita terima jika kita bertanya kebanyakan doktor . Walaupun begitu angin perubahan sudah mula melanda golongan para doktor terutamanya doktor yang muda dan lebih berfikiran terbuka. Mungkin satu hari nanti semua doktor akan lebih menyokong dan memberikan nutrisi tambahan sebagai sebahagian dari rawatan kepada pesakit mereka.

Ada juga pesakit saya temui menganggap bahawa vitamin dan nutrisi tambahan ini hanya untuk kanak-kanak membesar . Konsep pencegahan penyakit melalui cara mudah dengan pengambilan vitamin,mineral dan anti oksidan yang lain terlalu janggal bunyinya.

Saya cuba untuk menulis buku ini dengan bahasa yang mudah di fahami oleh orang biasa , walaubagaimanapun penggunaan istilah sains dan perubatan tidak dapat saya elakkan. Saya berharap dengan adanya buku dalam bahasa melayu seperti ini semoga lebih ramai lagi yang mendapat manafaat hasil dari kajian anti oksida dan kesihatan terutamanya kalangan pembaca buku melayu.

Perlu juga kita fahami bahawa aspek pengambilan nutrisi tambahan dan anti oksida ini hanya sebahagian dari ‘cara hidup sihat’. Pemakanan seimbang , bersenam dan meninggalkan tabiat buruk seperti merokok dan sebagainya juga merupakan aspek penting dalam menjaga kesihatan.

Buku ini sebagai percubaan untuk menjelaskan konsep ini kepada masyarakat berbahasa melayu dan menambah kesedaran tentang kesihatan serta memahami bahawa kita tidak semestinya perlu untuk sakit dan merana sebelum sampai ajal yang di tentukan oleh tuhan. Kerana kita di beri kuasa untuk berusaha dan insyallah ALLAH jualah yang menentukan. Insyaallah jika di beri peluang lagi saya akan meneruskan siri ini dengan buku-buku akan datang yang menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep anti penuaan dan mengekalkan kesihatan hingga akhir hayat.
Selamat membaca , semoga anda akan terus kekal sihat sepanjang hayat.

4 comments:

Anonymous said...

salam doktor..
saya ingin minta pandangan tuan tentang satu produk kesihatan...
produk tersebut mengandungi pati anggur merah,daun teh hijau,resvaratol,quercetin,dan pati biji anggur merah.Ia juaga mengandungi ORAC yang palin tinggi buat masa ini.iaitu sebanyak 130000(ORAC Score)...
untuk maklumatlanjut
sile layari www.sportronasia.com

sebab saya xpandai nak terangkan lebih mendalam lagi tentang produk tersebut

Fariqh said...

askm doc....sy Fariqh...pharmacy student yg mempunyai minat yg sgt mendalam dlm dunia antioksidan... sy ada poskan beberapa fakta dan manfaat antioksidan di blog sy.. sy harap doc singah2 lawat di blog sy hehe... sepnjg sy stdy pharmcy...sy sedar bahawa terdpt byk kepincgn dlm pengambilan drugs coz commnly side effects nya x kita sedia maklum n kdg2 x sedia maklum... so sy mengambil inesatif dlm memposkan seberapa byk info berkaitan jenis2 antioksidan dan manfaatnya terhadap kesihatan..tujuan sy hanya satu..mahu masyarakat lebih terbuka dalam menerima manfaat antioksidan ini berbanding dgn pengambilan ubat preskripsi moden... sehingga kini sy hanya stick pd 2 jenis antioxidan yg mendpt jolokan antioksidan terkuat pernah wujud di muka bumi ini... Astaxasnthin dan sebatian terunggul antioksidan, Pycnogenol..setelah 3 bulan sy ambil..pelbagai manfaat yg sy perolehi.. n saya harap doc dpt try juga ... lawati blog sy utk lebih info lanjut.... sy fans doc actly hehe... http://studentcampus92.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum-dan-salamsejahtera-saya.html

Fariqh said...

btw sy pon ada memiliki buku doc Hindari Kanser dengan Antioksidan... sy sgt suka buku tu coz bwfore this...mostly buku yg sy baca adalah dlm English n sy juga ada memiliki buku The Antioxidant Miracle oleh Dr. Lester Packer

Dr.Norman said...

Terima Kasih kerana membeli buku saya..Insyaallah, ilmu yg bermanfaat perlu kita sampai-sampaikan...