Monday, June 22, 2009

Bersenam untuk kesihatan- BERKAYUH






Bersenam menjadi salah satu faktor penting untuk megekalkan kesihatan yang baik. Bersenam akan membantu mengekalkan berat badan dan 'fitness' atau stamina. Disamping itu dengan bersenam akan membantu mencegah penyakit seperti Darah Tinggi , Kencing Manis , Sakit Jantung dsbgnya.

Apakah jenis senaman yang baik ? Itu persoalan yang sering kita tanya. ia bergantung kepada apa yang kita mahukan samada uuntuk menurunkan berat badan atau sekadar mengekalkan stamina.
Secara umumnya , senaman yang baik adalah 'low impact' atau senaman yang tidak terlalu agressif dan akan menyebabkan masalah sakit sendi atau kecederaan lainnya.

Diantara senaman yang sebegini adalah seperti berjalan (laju, bukannya berlengang kangkung) , mengayuh basikal , berenang dsbgnya. Senaman yang menyeronokkan adalah senaman yang melibatkan 'game' seperti badminton, golf , tenis , squash dan lain-lain sukan. Lain -lain senaman yang baik adalah seperti seni mempertahankan diri , mendaki gunung , 'jungle tracking' dll.

Saya telah diperkenalkan dengan ahli kelab basikal tua oleh En Kamarudin , iaitu seorang kawan lama dan pesakit saya sejak dari saya di Hospital Melaka lagi. Permulaannya saya tertarik dengan basikal tua kerana ia membangkitkan nostalgia basikal saya dulu-dulu. Apabila saya mengikut sessi kayuhan dengan kelab ini , ianya mendatangkan satu bentuk senaman yang menyeronokkan, dan apabila beramai-ramai mengayuh basikal ianya lebih menyeronokkkan. Apa yang penting adalah ia nya satu aktiviti yang baik untuk kesihatan. Wallahualam












No comments: