Penyakit darah
tinggi atau Hypertension adalah penyakit yang sangat biasa dihadapi oleh
masyarakat kita hari ini. Menurut kajian, 32 peratus penduduk Malaysia
mempunyai masalah darah tinggi dan 37 peratus adalah dalam peringkat awal
penyakit darah tinggi (pre-hypertension). Menurut Panduan Praktis Klinikal
(CPG) yang dikeluarkan oleh KKM, darah tinggi adalah keadaan dimana tekanan
darah sistolik melebihi 140mmHg dan tekanan darah diastolik melebihi
90mmHg dengan mengambil bacaan
sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor.
Bagi pesakit yang
mengidap masalah darah tinggi , doktor akan memberikan preskripsi ubat-uabat
untuk mengawal tekanan darah tinggi. Pesakit sebenarnya boleh mengawal darah
tinggi dengan mengubah cara hidup dengan senaman dan makanan yang betul setiap
hari.
Terdapat kajian
yang dijalan kan oleh National Institute of Health, USA pada tahun 1997 yang
menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan makan makanan.
Kajian ini dipanggil ‘DASH’ diet yang bermaksud “Dietary Approach to Stop
Hypertension” yang bermaksud pendekatan
pemakanan untuk mengawal darah tinggi.
Dengan kaedah DASH
ini pengambilan makanan yang rendah lemak terutamanya lemak tepu (dari sumber
haiwan) dan berkolesterol tinggi disamping itu makan makanan yang tinggi
dengan buah-buahan , sayur-sayuran dan
makanan hasil tenusu (dairy) yang rendah lemak. Hasil kajian ini mendapati
tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi.
Hasilnya akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara
ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan
darah asal.
Pemakanan dengan
kaedah DASH ini memberikan serat yang tinggi, zat kalsium, magnesium dan
potassium yang terbukti dengan kajian lain membantu menurunkan tekanan darah.
Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak ‘trans’.
Kaedah DASH ialah
dengan makan 8 ke 10 hidangan buah-buahan seperti epal, oren, pear dan
sebagainya yang digabungkan dengan makan sayuran-sayuran seperti seleri, kobis
bunga, brokoli, kacang buncis, salad, asparagus, kobis dan sebagainya. Minum
susu rendah lemak 2 hingga 3 gelas sehari atau produk tenusu. Mengurangkan gula
dalam makanan dan minuman. Elakkan makanan segera yang lain seperti roti putih,
mee segera, jajan, kerepek dan sebagainya. Makan makanan berserat tinggi
seperti roti gandum penuh (wholemeal), oat, beras perang dan lain-lain sehingga
7 ke 8 hidangan sehari. Makan daging dikurangkan sehingga 2 hidangan sehari dan
utamakan sumber makanan protin putih seperti ayam(tanpa kulit) atau ikan,
udang, sotong. Makan kekacang, kuaci atau biji-bijian 4 ke 5 hidangan seminggu.
Pada tahun 2000
kajian lanjut pemakanan dengan kaedah DASH ini dibuat dengan mengkaji samada
mengurangkan garam dalam makanan dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih
baik lagi. Hasil kajian mendapati garam berlebihan dalam makanan menyebabkan
peningkatan tekanan darah kerana air disimpan oleh buah pinggang yang
menyebabkan peningkatan jisim air dalam
badan yang meningkatkan tekanan darah. Garam juga menyebabkan saluran darah
kecil mengecut yang meningkat tekanan darah. Dalam kajian ini mendapati mengawal
jumlah garam dalam makanan akan lebih menurunkan tekanan darah berbanding
dengan kajian sebelumnya.
Senaman ringan
seperti berjalan pantas selama 30 minit ke 1 jam tiga kali seminggu juga
penting untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berhenti merokok juga boleh
membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Dengan pemakanan yang betul, bukan
hanya tekanan darah dapat dikawal malahan berat badan juga dapat diturunkan
secara tidak lansung. Berat badan berlebihan juga adalah punca kepada tekanan
darah tinggi yang tidak terkawal.
Kesimpulannya dalam pemakanan seharian untuk
mengawal tekanan darah kita perlu mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran,
protin putih, kurangkan lemak tepu dan kurangkan garam dalam pemakanan untuk
mengawal tekanan darah dengan lebih baik.
Wassalam
Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, FAGE, MScAAARM)
Pengamal Perubatan Am ,
Pengkhususan Aesthetik, Anti Aging & Perubatan Regeneratif
1 comment:
Adakah pesakit darah tinggi berisiko untuk mengalami masalah jantung?
Post a Comment