Wednesday, October 12, 2011

Balik ke Klinik Dr Norman...

Dah setahun menjadi Wellness Consultant di Putra Specialist Hospital , akhirnya kembali semula ke klinik asalku....atas permintaan pesakit2 yg rasa tak selesa utk ke PSH yg ada masalah parking dsbgnya.

Sekarang perkhidmatan aesthetic & anti aging akan sepenuhnya dijalankan di Klinik Dr Norman.

Berikut adalah perkhidmatan yang ada :

1. Rawatan & konsultasi menurun berat badan dengan kaunseling pemakanan, pemeriksaan darah, rawatan hormon & pil kurus yang bersesuaian

2. Rawatan & kaunseling supplemen dan vitamin C

3. Rawatan laser - untuk masalah pigmentasi kulit, parut jerawat & taatoo

4. Rawatan Masalah Jerawat

5. Microdermabrasion

6. Facial Muka

Bagi pesakit-pesakit yg telah lama mendapatkan rawatan dan juga 'followers' blog ini....berita ini adalah satu berita baik kerana semua rawatan ini boleh didapati dengan mudah di Klinik Dr Norman sekarang...

Wassalam

Dr Norman

11 comments:

Anonymous said...

salam DR.Norman saya ada masalah dimana saya mempunyai jerawat pasir yang banyak di pipi so saya pulak jenis gatal tangan selalu dok picit2 hingga kadang2 meninggalkan parut dan kdg2 dia bernanah... doktor rasa dengan rawatan laser boleh tak menghilangkan masalah saya ini.. tolong...

Dr.Norman said...

Jerawat perlu dirawat dengan betul oleh doktor dgn ubat-ubat tertentu seperti antibiotik dsbgnya. Anda tidak digalakkan memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman (bernanah) & parut. Gunakan sabun pencuci muka selalu...sehingga 3 kali sehari pun takpe.

Laser boleh membantu mengurangkan parut jerawat & me'rejevunasi' kulit semula.

Wassalam

Dr Norman

ira said...

salam doktor berapakah kos rawatan bagi rawatan laser bagi parut jerawat

irah_Ni said...

salam dr.
sy mengalami masalah parut bermula dari pangkal lutut hinggalah ke kaki..sy ingin bertanye adakah klinik dr menawarkan rawatan untuk menghilangkan parut yg sy alami ini..

Pengumpul Lirik Lagu said...

Salam dr..

sy ni ada masalah parut chicken pox kat muka..parut jadi hitam dan mencacatkan muka..berkesan tak kalau gunakan laser sebagai alternatif?sy dh byk gunakan produk2 tp still tak jadi dan kadangkala kulit sy alah kepada produk yg telah digunakan

Anonymous said...

salam dr... saya nak mendapatkan khidmat nasihat dr berhubung dengan suntikan vit c... boleh ke?

Dao Ara said...

Dr norman, klau parut accident dekt kaki bole ke hilangkan??

Dao Ara said...

Dr norman, klau parut accident dekt kaki bole ke hilangkan??

Menghilangkan Bekas Jerawat said...

terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
.

nur aiman said...

Salam doktor . .
Kat area Taiping klinik APA yg menawarkan suntikan vit c

nur aiman said...

Salam doktor . .
Kat area Taiping klinik APA yg menawarkan suntikan vit c