Wednesday, April 2, 2014

MISI KEMANUSIAAN KE KEMBOJA 18 MAC HINGGA 24 MAC 2014 - PERKIS & KOLEJ MARA SEREMBAN

Program amal di Kg Chumnik, Kampong Cham, Kemboja anjuran bersama Kolej Mara Seremban & PERKIS, Melaka dengan kerjasama TMN Biomedical Sdn Bhd.

Program memfokuskan kepada :
1. Khatan beramai-ramai kanak-kanak miskin dan anak-anak yatim seramai 200 orang
2. Pemeriksaan Perubatan percuma kepada penduduk kampung
3. Khidmat Masyarakat & Pembelajaran Percuma kepada kanak-kanak sekolah
4. Derma pakaian & Ubat-ubatan kepada penduduk kampung
5. Derma duit kepada kanak-kanak miskin & fakir miskin

Khatan dijalankan dengan kaedah alat berkhatan yang diberi nama 'SMART WAY' yang didermakan oleh TMN Biomedical Sdn Bhd. Dengan alat ini proses berkhatan dijalankan dengan sangat cepat dan kurang konplikasi , sebab itu seramai 200 orang dapat dikhatankan dalam masa 2 hari sahaja.
SMART WAY memepunyai kelebihan, iaitu :

1. Sangat cepat & kurang sakit
2. Bersih dan mudah digunakan
3. Pendarahan sangat minimum
4. Kurang risiko jangkitan kuman
5. Baik dalam masa 3 hari
6. Kanak-kanak boleh mandi, pakai seluar dan melakukan aktiviti biasa tanpa sakit atau masalah
7. alat ini sangat ringan dan bersaiz kecil shj seperti cincin

Ini adalah beberapa gambar semasa program dijalankan di sana:








Semoga Allah memberkati usaha kami....Insyaallah...Amiinnn Ya Rabbal Alamiiinnn..

No comments: