Sunday, July 6, 2014

Buku terbaru....GULA RACUN PUTIH ?


Buku terbaru tulisan saya kini telah berada di pasaran...Insyaallah akan diedarkan oleh MPH Distributor ke kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Anda juga boleh mendapatkannya secara 'on-line' dengan email kepada saya :

drnormanmlk@yahoo.com.my

atau anda boleh mesej kepada saya di Facebook :

Norman Mohd Norawi



Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan dengan rujukan kepada jurnal-jurnal perubatan yang berkenaan. Dengan membaca buku ini anda akan memahami;

·         Apakah dia GULA dan jenis-jenisnya
·         Sejarah bermulanya penggunaan GULA didunia
·         Apakah penyakit-penyakit yang disebabkan GULA
·         Apakah kesan GULA kepada system metabolisma badan manusia
·         Kajian-kajian saintifik yang berkaitan dengan bahaya GULA kepada kesihatan
·         Bagaimana GULA boleh menyebabkan Sakit Jantung dan Kolesterol tinggi
·         Bagaimana GULA boleh menyebabkan Diabetis/Kencing Manis
·         Bagaimana GULA boleh menyebabkan KANSER
·         Bagaimana GULA boleh menyebabkan GOUT
·         Bagaimana GULA boleh mempercepatkan proses penuaan anda
·         Fahami Pemanis Gantian sebagai alternatif kepada GULA.
·         Bagaimana mengamalkan cara hidup sihat

Pelbagai jenis penyakit boleh dicegah dengan mengetahui tentang bahaya GULA secara saintifik dan bagaimana kaedah terbaik untuk mengawal dan meninggalkan penggunaan GULA dalam kehidupan seharian kita kerana sesungguhnya GULA RACUN PUTIH!

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE

1 comment:

sucralose tipu said...

Sukralosa = Gula Berklorin!
Sucralose = Chlorinated Sugar

Sukralosa adalah gula berklorin. Ia bukan diperbuat daripada bahan semulajadi walaupun rasanya seperti gula pasir. Malah, produk ini adalah 600 kali lebih manis daripada gula biasa. Tambahan lagi ia tiada kalori, mengapa ya? Ini kerana, badan tidak dapat menghadam ia.

Nama p seperti 'Ibu gula', 'Nano Sugar', 'Pemanis Ekstrak Tebu', 'Ekstrak Tebu Hitam'. Syarikat-syarikat yang menjual 99.5% gula pasir bercampur dengan 0.5% Sukralosa ialah P3 Sweetener, manakala dalam bentuk cecair ialah P3 Sweetener, 1Drop Sweetener, Prof Sweet, dan pelbagai lagi.

Syarikat-syarikat yang menggunakan nama Stevia tetapi sebenarnya menggunakan campuran Sukralosa dan Stevia yang amat sedikit kuantitinya ialah RCC Global Sdn Bhd, VJS Cosmo Ent. (Pure Stevia Sweetener), Waylife (Stevia With Minerals), Wolf World PLT (Stev Drop), Vast Esteem Sdn Bhd (Stevia Ultimate), Hajra Global Resource (Stevia Ajma), Agro Sweet Paklong Sdn Bhd (One Drop Sweet D'Steviana).

Gunakanlah dengan bijak demi kesihatan anda!
Be smart to care for your health!