PERLUKAH
PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...
Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai
jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi
dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran.
Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang
perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Persoalan yang selalu ditanya adalah;
“ Kenapa kita perlu
mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”
Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang
berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah
dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat
sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini.
Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan
suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah
pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman
sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan
anti oksidan tubuh kita.
Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik
tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan
kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam
jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan
dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan
diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti
oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Kesimpulan
lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput
tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik
boleh membantu mencegah kanser.
Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan
angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan
pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.
Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam
jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen
mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan
penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing
manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.
Kajian-kajian lain juga
menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan
vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam
sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk
kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari
Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian
saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.
Terdapat juga banyak kajian
menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras
kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang
telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega
3: kepentingannya kepada kesihatan’.
Begitu juga pengambilan
probiotik sebagai suplemen harian mampu
meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan
mencegah kanser usus.
Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa
kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih
atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita
kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan gula yang berlebihan
ditambah lagi dengan pelbagai pengawet,
pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan
metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia. Budaya makanan segera yang dibawa dari barat
memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa
kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata.
Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat
sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan
segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di
seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang
hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi.
Disinilah pentingnya suplemen yang kita
makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita
sedar untuk menjaga keseimbangan
metabolisma sel-sel tubuh manusia.
Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua
makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek
kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran
dan buah-buahan yang kita makan ditanam
secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya.
Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan
penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar
dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran
ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan
badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.
Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan
mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti
membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan
oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu
dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam
keadaan yang optimum.
Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka
semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya,
kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih
panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.
Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat
seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan
stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah
tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan
meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan
pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat
tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada
kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu
memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.
Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan
seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan
karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu
faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting
dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan
hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah
ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu
mencapai kesihatan optimum.
Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti
multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi,
seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari,
minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga,
ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini.
Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka.
Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai
atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan
ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.
Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan
suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah
dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang
itu akan mendapat faedah kesihatan, InsyaAllah.
Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS,
MScAARMMA, FAGE)
Klinik Euzelle
Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Anti Aging, Esthetik & Perubatan
Regeneratif
6 comments:
saya sangat setuju dengan dr penulisan dr.norman...dari tanah kita diciptakan maka dari tanah juga kita dikembalikan...
so saya memilih shaklee sebagai suplemen saya seharian kerana ianya sangat organik(dr tanah)..tanpa sintetik juga mampu bertahan lama tanpa gel silica...
kajian berbillion ringgit dijalankan bagi memastikan ianya proven..
www.metrobestmom.com
Terima kasih atas penerangan Dr yang cukup jelas mengenai keperluan Vitamin ini. Saya rujuk penulisan Dr untuk blog saya dan sudah dikredit.
Alhamdulillah..saya juga pengamal tegar suplemen Shaklee, jenama yang terkenal kukuh di pasaran sejak lebih 50 tahun.
Terima kasih Dr.
http://vitamincintaummi.blogspot.com
Penerangan yang menarik dan cukup jelas. Boleh dijadikan sebagai rujukan. Terima kasih Dr.Norman.
Salam dr..bolehkan makan mulvitamin+fish oil sekali?atau kena asing asingkan?
Salam dr..bolehkan makan mulvitamin+fish oil sekali?atau kena asing asingkan?
Mekasih doktor atas penulisan ini. Sekurang-kurangnya ada juga doktor yang berpandangan luar kotak tentang pengambilan vitamin atau suplemen.
Post a Comment