Dasar Pengasingan Dispensi atau
DS (Dispensing Seperation) adalah keadaan dimana pesakit yang berjumpa dengan
doktor akan menerima slip ubat atau preskripsi dan membayar doktor bayaran
konsultasi selepas itu pesakit perlu membeli ubat-ubatan yang telah ditulis
dalam preskripsi tersebut di farmasi. Ia telah diamalkan dinegara-negara maju
di USA , United Kingdom (UK) dan juga banyak negara lain seperti Taiwan,
Indonesia, India dan sebagainya.
Kaedah yang selama ini diamalkan
di Malaysia adalah lebih baik dan memudahkan pesakit kerana selepas pesakit
berjumpa doktor pesakit akan terus mengambil ubat di klinik yang sama iaitu
seperti ‘one-stop centre’. Sistem yang diamalkan sekarang telah memadai kerana
memudahkan doktor memberi penjelasan tentang rawatan yang diberi dan pesakit
boleh bertanya terus dengan doktor jika terdapat sebarang kemusykilan. Doktor
tidak akan mengenakan caj yang begitu tinggi untuk konsultasi kerana telah
dimasukkan dalam kos ubat. Ini menyebabkan kos rawatan menjadi murah dan
menjimatkan masa pesakit. Sebelum ini ramai yang memuji Malaysia kerana kos
rawatan perubatan yang murah dan memudahkan sehingga mendapat pengiktirafan
daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mempunyai rangkaian
kesihatan terbaik dengan sistem yang ada sekarang.
Kaedah Pengasingan Dispensi ini
diamalkan di hospital-hospital kerajaan dan swasta di Malaysia kerana ia masih
dalam bangunan yang sama dan tidak menyusahkan pesakit. Tetapi jika kaedah ini
diperluaskan di klinik-klinik swasta sekarang, maka ia akan menyebabkan pesakit
perlu pergi dua tempat yang berlainan untuk masalah kesihatan mereka. Jumlah
farmasi yang tidak mencukupi disamping kurangnya farmasi dikawasan kampung dan
pendalaman sudah pasti akan membuatkan pesakit menjadi lebih susah kerana perlu
ke tempat yang jauh hanya untuk mengambil ubat-ubatan mereka. Kebanyakan farmasi hanya dibuka mengikut
waktu pejabat dan waktu farmasi beroperasi juga tidak seperti klinik yang ada
dibuka 24 jam atau sehingga lewat malam.
Isu ahli Farmasi yang selalu
menjadi seperti ‘doktor’ di premis mereka yang menjual ubat-ubatan
terkawal seperti antibiotik, ubat darah
tinggi, ubat diabetis, ubat batuk dan sebagainya yang memerlukan preskripsi
doktor yang berlaku secara berleluasa perlu dibendung kerana ia boleh
memudaratkan masyarakat tanpa mereka sedari. Ahli Farmasi tidak terlatih untuk
melakukan pemeriksaan klinikal dan mereka sepatutnya menasihatkan pesakit
berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum menjual ubat secara terus kepada
pesakit. Masyarakat Malaysia perlu dididik untuk berjumpa dengan doktor
dahulu dan tidak membeli ubat di farmasi tanpa preskripsi doktor dan tanpa
kawalan. Dikhuatiri jika dasar Pengasingan Dispensi ini dilaksanakan maka
masalah ini akan bertambah buruk dan lebih sukar dibendung kerana pesakit akan
memilih untuk mengurangkan kos mereka dengan membeli ubat terus kepada farmasi
dan ini akhirnya menyebabkan pelbagai komplikasi kepada pesakit.
Masyarakat kita yang selama ini
selesa mendapatkan rawatan di klinik akan menjadi lebih susah dan tidak selesa
disamping faktor-faktor pembaziran masa, kelewatan mendapat ubat, masalah ubat
tiada stok di farmasi, keselamatan, pengangkutan, parkir dan yang lebih utama
adalah ia akan menyebabkan pesakit terpaksa membayar kos yang lebih tinggi
untuk mendapatkan rawatan. Jika dasar transformasi kerajaan yang menggalakkan
penubuhan ‘one-stop centre’ atau kawasan setempat seperti UTC dan RTC untuk memudahkan
rakyat untuk berurusan, maka dasar Pengasingan Dispensari ini kelihatan seperti
bertentangan dengan dasar ini.
Cadangan kerajaan untuk
melaksanakan Dasar Pengasingan Dispensi perlu di nilai dan dikaji semula secara
mendalam untuk mengelakkan rakyat Malaysia menghadapi masalah kerana ianya akan
menyebabkan kos rawatan perubatan meningkat dengan mendadak. Fakta ini telah
dibuktikan apabila Dasar Pengasingan Dispensi ini dijalankan di Taiwan pada
tahun 1995 yang menyebabkan berlaku peningkatan kos yang sangat tinggi dan
mendadak disana. Ini akan menyebabkan rakyat semakin tidak selesa dan marah
yang boleh menurunkan sokongan mereka kepada kerajaan sedia ada.
Rang undang-undang Farmasi (RUUF)
atau Pharmacy Bill yang dirangka dan siap sedia untuk dibentangkan di Parlimen
pada Mac 2015 ini untuk dijadikan Akta Farmasi 2015 perlu dibahaskan bukan
hanya oleh ahli-ahli Parlimen tetapi perlu di bawa kepada semua pihak yang
terlibat iaitu doktor-doktor perubatan melalui persatuan yang ada (terutamanya
doktor pengamal perubatan swasta dan pemilik klinik), ahli farmasi,
persatuan-persatuan pengguna, wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan
wakil-wakil masyarakat. Ia adalah untuk mengelakkan ketidakpuasan hati
mana-mana pihak dikemudian hari dan akhirnya terpaksa diubah semula seperti
yang berlaku dalam beberapa dasar dalam bidang pendidikan sebelum ini.
Satu Dasar Kesihatan yang lebih
sesuai untuk rakyat Malaysia perlu digubal dengan mengambil kira keadaan
sosial, ekonomi dan budaya masyarakat di Malaysia tanpa mengikut secara terus
dari negara lain yang mungkin jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia sekarang.
Jika Dasar Pengasingan Dispensi ini hendak dilaksanakan juga, maka perlu kita
mengadakan mekanisme terbaik dengan kajian yang lebih mendalam mengenai kaedah
terbaik agar tidak ada mana-mana pihak yang akan menjadi mangsa dan membebankan
rakyat Malaysia secara umumnya.

Kita sepatutnya duduk bersama
diantara semua pihak yang terlibat secara lansung dalam Dasar Pengasingan
Dispensi ini dan merangkakan satu Dasar yang terbaik dan yang paling sesuai
untuk rakyat Malaysia agar kepentingan, keharmonian dan kebajikan semua
terjaga. Yang lebih utama adalah bukan kehendak ahli farmasi atau doktor
perubatan yang menentukan samada dasar ini sesuai dilaksanakan, tetapi rakyat
Malaysia keseluruhannya perlu faham dan memberikan pandangan mereka kerana
masyarakat semua yang akan menerima segala kebaikan atau keburukannya.
Wallahualam
Dr Norman Mohd Norawi MBBS, MSc(UCSI), FAGE
Pengamal Perubatan Swasta
No comments:
Post a Comment