Menjadi trend sekarang dikalangan masyarakat Malaysia yang obses atau
tergila-gilakan untuk mendapat kulit yang cerah. Tidak hairanlah elbagai jenis
krim dan krim kosmetik yang di promosi untuk menjadikan kulit seseorang bertambah
cerah.
Masalah jeragat atau hyperpigmentasi pada kulit muka menjadi suatu masalah
yang amat lumrah sekarang ini. Keadaan cuaca di Malaysia yang panas terik dan
kulit muka yang sentiasa terdedah kepada matahari menjadi antara faktor utama
gejala ini. Disamping itu faktor genetik atau keturunan adalah diantara punca
menyebabkan masalah ini. Faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya wajah
yang berjeragat adalah kerana perubahan hormon, merokok, ubat-ubatan tertentu, pekerjaan,
umur dan jantina juga mempengaruhi seseorang mendapat masalah jeragat ini.
Secara umumnya kaum wanita lebih mudah mendapat masalah ini berbanding
lelaki. Seseorang yang berkulit cerah tetapi selalu terdedah kepada cahaya
matahari juga lebih mudah mendapat masalah jeragat. Merokok boleh menyebabkan
wajah menjadi lebih cepat berjeragat dan berkedut kerana asap rokok mengandungi
pelbagai toksin dan radikal bebas yang merosakkan kulit seseorang walaupun
menyedut asap rokok orang lain. Seseorang yang selalu berkerja terdedah dibawah
cahaya matahari tengahhari dan petang akan mendapat masalah jeragat ini.
Seseorang yang berkerja terdedah kepada suhu yang tinggi seperti tukang masak
juga lebih mudah mendapat masalah
kulit berjeragat ini.
Ramai wanita yang mencuba pelbagai jenis krim atau rawatan muka untuk
menghilangkan masalah jeragat atau hyperpigmentasi di muka. Ramai juga yang
mengambil langkah sementara dengan memakai mekap yang tebal untuk
menyembunyikan masalah ini.
Menurut statistik, jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling
biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultasi kepada doktor kulit dan doktor estetik
adalah berkenaan masalah kulit berjeragat
seperti masalah melasma, freckle, lentigenes dan lain-lain. Masalah jeragat ini
adalah kerana sel kulit dari jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen
melanin yang melekat pada sel-sel kulit yang menyebabkan warnanya menjadi lebih
gelap. Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu dengan
menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat ini.
Terdapat beberapa tips untuk mengurangkan masalah ini dan merawat masalah
jeragat ini.
- Elakkan dari berjemur atau terdedah kepada
cahaya matahari yang terik di waktu tengahari dan petang.
- Jika perlu keluar maka adalah perlu untuk
menggunakan krim pelindung matahari. Krim pelindung matahari perlulah
jenis yang tanpa minyak dan tidak menyebabkan masalah jerawat dengan
kekuatan sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari 30 (SPF30)
- Bagi yang ingin menggunakan produk-produk
untuk menghilangkan jeragat, biasanya produk-produk ini mengandungi
bahan-bahan yang menghalang aktiviti enzim tirosinase seperti asid kojik, asid
azelaik ,alfa arbutin, asid mandelik dan hidroquinone. Bahan-bahan ini
hanya boleh diberikan oleh doktor yang bertauliah terutamanya hydroquinone
yang hanya boleh diberikan oleh doktor.
- Terdapat juga beberapa suplemen dan vitamin
yang boleh membantu mengurangkan masalah jeragat seperti vitamin C dan
vitamin A dalam bentuk asid retinoik . Suplemen anti oksidan dari
buah-buahan seperti buah beri, beri biru, beri hitam, acai beri, strawberi
dan sebagainya juga boleh membantu mengurangkan masalah jeragat ini. Suplemen seperti glutathion dan asid
alfa lipoik juga boleh membantu mengurangkan jeragat. Terdapat juga
sesetengah orang yang menggunakan asid tranexamic untuk mengatasi masalah
jeragat, walaupun terdapat juga kajian yang menunjukkan ia boleh
mengurangkan jeragat tetapi ubat ini tidak disyorkan oleh FDA sebagai
rawatan khusus untuk jeragat.
- Terdapat juga beberapa jenis rawatan yang
dilakukan oleh doktor di klinik untuk merawat masalah jeragat ini
menggunakan mesin mikrodermabrasion dan juga mesin laser yang tertentu.
Dapatkanlah konsultasi dan rawatan dengan doktor yang bertauliah yang
terlatih untuk menjalankan rawatan ini.
Elakkan dari menggunakan ubat-ubatan atau krim yang tidak kita ketahui
kandungannya untuk merawat masalah jerawat kerana ditakuti akan menyebabkan
masalah ini menjadi lebih buruk atau boleh memudaratkan kulit hingga boleh
menyebabkan kanser dalam jangkamasa panjang. Amalkan pemakanan yang sihat yang
kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memberi pelindungan kepada
kulit dan mengelakkan masalah jeragat ini.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE
No comments:
Post a Comment