AIR UNTUK KECANTIKAN KULIT
Air
amat penting untuk kesihatan seseorang. Tanpa air seseorang boleh mati dalam
tempoh tiga hari. Dalam kehidupan kita sekarang air juga amat penting untuk
mengekalkan kecantikan kulit. Kajian menunjukkan semasa muda jumlah air dalam
badan seseorang adalah lebih tinggi berbanding dengan usia tua. Semakin manusia
tua, maka kandungan air dalam tubuh
manusia semakin berkurangan. Semasa bayi, kandungan air adalah sehingga 75% air
dan semakin dewasa kandungan air menurun kepada 57% dari berat tubuh manusia.
Bagi seorang yang mengalami masalah kegemukan , kandungan air berkurang
sehingga 45%.
Tanpa
air tiadalah kehidupan didunia ini. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al
An’am ayat 99 :
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami
tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami
keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,............
Masyarakat
kita sekarang selalu fokus kepada pelbagai produk kosmetik dan penjagaan kulit
untuk menjaga kecantikan kulit dan untuk kelihatan awet muda. Hakikatnya air
adalah diantara faktor utama untuk seseorang mengekalkan kecantikan kulit dan
wajahnya. Semakin seseorang meningkat usia selalunya kita agak malas untuk
minum air secukupnya kerana faktor kesibukan kerja disamping tidak mahu selalu
ke tandas kerana berkerja dalam suasana sejuk dengan penyaman udara. Hakikatnya
dalam keadaan bilik berhawa dingin, seseorang akan mendapat masalah kulit
kering dan perlu mengekalkan hidrasi secukupnya. Kulit yang kering boleh
menyebabkan masalah kedutan wajah yang lebih ketara. Perkara ini lebih biasa
dikalangan wanita, dan ironinya wanita jugalah yang selalunya ingin mengekalkan
kecantikan mereka.
Air terbaik didunia adalah AIR ZAM-ZAM .
Air yang baik patut kita minum selalu adalah air yang akan membantu kita menjaga
kesihatan dengan baik. Air yang sihat dan mengekalkan kesihatan kita dipanggil
sebagai air berfungsi (functional water).
Maksud air berfungsi adalah air yang boleh memberikan kesan kesihatan yang
positif. Fungsi utama air dalam tubuh manusia adalah sebagai pelarut, pelincir,
pengangkutan zat nutrisi makanan, perkumuhan, mengawal suhu badan dan medium
tindakan metabolisme sel-sel. Secara umumnya air berfungsi adalah air yang akan
membantu dalam proses biologi tubuh manusia.
Air
adalah penting untuk kesihatan yang terbaik.
Contoh air berfungsi adalah air yang mempunyai kandungan mineral yang
secukupnya dan biasanya mempunyai pH yang lebih beralkali. Dengan mengambil
kira faktor kandungan mineral ini, maka air yang baik untuk kesihatan adalah
air mineral asli. Air membekalkan sumber mineral terbaik kepada tubuh manusia. Garam
mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, chromium, selenium, natrium , zink
dan sebagainya amat penting untuk fungsi metabolisma tubuh manusia yang normal
Wajah
yang cantik adalah refleksi kepada kesihatan dalaman yang baik. Ini sepatutnya
menjadi matlamat kita dalam kehidupan. Jika kita mendapat penyakit kronik,
secara umumnya wajah seseorang akan kelihatan lebih tua pada usianya dan juga
kurang kecantikan serta seri wajahnya. Oleh kerana itu amat penting kita
menjaga kesihatan dengan mengambil air yang sihat dan berfungsi menjaga
kesihatan dengan baik.
Kita
kurang membuat pertimbangan kesihatan apabila kita minum air. Kita lebih mudah
memilih air yang berperisa dan manis bergula apabila kita minum minuman seperti
teh tarik, kopi susu, sirap, kordial, jus dan air bergas. Sesetengah orang
tidak suka minum air kosong atau air putih atau air mineral dalam kehidupan
seharian mereka. Air berkarbonat, minuman jus buah dan minuman botol biasanya
mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi menjadi minuman harian kebanyakan
kita hari ini. Air ini adalah tidak sihat untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit
seperti kencing manis, sakit jantung, kegemukan dan sebagainya. Minum air jenis
ini akan menyebabkan seseorang hilang kecantikannya lebih awal.
Minuman
‘bertenaga’ yang banyak terdapat dipasaran juga adalah tidak sihat jika diambil
secara kerap kerana kandungan glukosa yang tinggi disamping kandungan ‘kafein’
yang tinggi juga. Lebih malang lagi jika minuman ini diambil tanpa bersenam
atau melakukan apa-apa aktiviti sukan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan
yang buruk di kemudian hari.
Minum
terlalu banyak minuman jus buah-buahan juga adalah tidak sihat kerana kandungan
gula ‘fruktosa’ yang tinggi tanpa kebaikan serat yang terdapat dalam
buah-buahan. Tabiat sebegini akan menyebabkan masalah hati berlemak, kolesterol
tinggi, kegemukan dan diabetis dalam jangka masa yang panjang.
Air
minuman harian seperti teh dan kopi adalah baik untuk kesihatan kerana
kandungan anti oksidannya selagi diambil secara sederhana dan tidak
berlebihan. Masalah utama adalah kandungan gula yang berlebihan dalam minuman
ini apabila di jadikan ‘teh tarik’ atau ‘kopi susu’. Minuman ini mengandungi
gula yang sangat tinggi. Lebih teruk lagi, minuman teh tarik menggunakan susu
krimer yang juga mengandungi ‘asid lemak trans’ yang boleh merosakkan kesihatan
. Begitu juga dengan pelbagai minuman 3 dalam 1 yang berlambak dipasaran.
Apabila kesihatan terganggu, maka seri wajah dan kecantikan kulit juga akan
pudar.
Menurut
kajian, apabila kita selalu minum minuman manis dan bergula tinggi tubuh kita
akan menghasilkan bahan yang dipanggil AGE (advance glycation end products).
Bahan ini akan merosakkan kulit seseorang dan menyebabkan ianya cepat berkedut
dan juga hilang serinya.
Minumlah
air yang menyihatkan secukupnya setiap hari sekurangnya-kurangnya 8 gelas air
sehari dan dengan ini dapat membantu
mengekalkan kecantikan dan seri wajah
secara semulajadi dan asli. Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc (UCSI), FAGE
No comments:
Post a Comment