Mengurangkan berat badan secara sihat
Musim Hari Raya Aidilfitri telah
bermula setelah sebulan kita berpuasa maka kita raikan Aidilfitri dengan
pelbagai program seperti rumah terbuka dan ziarah-menziarahi. Budaya masyarakat
kita ini ada banyak kelebihannya mengeratkan silaturrahim dan kemesraan sesama
kita adalah sesuatu yang dipuji. Janganlah kita menambahkan berat badan yang
telah berjaya kita kurangkan dalam Ramadhan yang lepas dengan makan secara
berlebihan.
Dalam kita merayakan Aidilfitri , kita perlu berjaga-jaga agar kesihatan
kita terus terpelihara dan berat badan kita tidak bertambah dengan mendadak dan
mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Apabila kita mula
mendapat masalah berat badan yang berlebihan selalunya kita akan memilih kaedah
untuk menurunkan berat badan dengan cara yang salah iaitu dengan ber’diet’
meninggalkan makan atau mengurangkan jumlah makanan secara mendadak. Ramai yang
mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan.
Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat
badan kita. Diantara kesilapan-kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai
adalah:
Ber’diet’ secara melampau.
Walaupun terlebih makan
adalah diantara punca berat badan berlebihan, tetapi janganlah anda makan
terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus
dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.
Jika anda berlapar terlalu kerap , maka badan anda akan berubah kepada
‘mode kebuluran’ (starvation mode).
Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan
disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ and menjadi kecut. Apabila anda tidak mampu
meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa
kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak. Berat
badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari
sebelumnya. Akhirnya , anda berdiet
semula, dan kitaran ini akan berterusan dan anda akan gagal menurunkan berat
badan anda.
Menurunkan
berat badan hanya dengan bersenam
Senaman amat
penting untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan hanya bergantung kepada
senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah satu usaha yang sia-sia.
Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan
dan kalori makanan yang dimakan akan menyebabkan berat badan amat susah
diturunkan malahan berat badan akan bertambah. Ini adalah kerana ramai orang
yang mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan
kalori yang telah dibakar maka tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang
diambil. Tidak semua kalori adalah sama. Terdapat sesetangah makanan yang
berkalori tinggi tetapi ia membantu menurunkan berat badan seperti minyak
zaitun dan minyak kelapa. Terdapat juga makanan yang rendah kalorinya, tetapi
ia menyebabkan berat badan susah untuk diturunkan seperli gula pasir. Jika anda
ingin menurunkan berat badan secara maksimum, maka jenis makanan yang dimakan
dan jumlah pemakanan seharian masih perlu di kawal jumlahnya walaupun anda
bersenam. Elakkan makanan atau minuman bergula tinggi walaupun kita bersenam
kerana ia akan menyebabkan berat badan susah ntuk turun.
Makan produk yang ‘rendah lemak’
Kita selalu memilih
makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan
produk-produk ini baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat
badan. Hakikatnya produk-produk ini
sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan berat
badan bertambah. Pengeluar produk-produk ini mengurangkan lemak dalam produk
mereka dan tetapi mereka akan menambah kandungan gula untuk membuatkan
produk-produk ini lebih sedap.Kajian sains mendapati sesetengah lemak adalah ebih sihat dan
membantu menurunkan berat badan seperti lemak mono tak tepu(MUFA) daripada kekacang, avocado, minyak zaitun dan
lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk menurunkan berat badan. Kajian juga mendapati minyak kelapa yang kaya
dengan rantaian trigliserida sederhana (Medium
Chain Triglycerides, MCT) juga boeh membantu menurunkan berat badan dengan
membekalkan tenaga segera tanpa meningkatkan paras insulin.
Minum minuman ‘diet’ .
Kajian mendapati
pengambilan minuman ‘diet’ yang di tambah pemanis gantian tiruan seperti
‘aspartame’ akan menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun
kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas
Health Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang
mengambil minuman ‘diet’ akan menghadapi
sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil
minuman biasa. Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti
bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’ ini. Menurut pakar
pemakanan , fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam
minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat
‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh. Jika mengambil pemanis gantian
hendaklah kita ambil selepas makan sesuatu yang berkalori untuk mengelakkan
masalah selera bertambah. Minum air
mineral adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.
Terlalu cepat berputus asa
Jika anda gagal
untuk kali pertama dalam percubaan
menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati
seseorang yang hanya mencuba untuk menurunkan berat badan akan mendapat faedah
kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat badannya. Buku saya “8 Rahsia menguruskan badan tanpa berdiet”
adalah diantara buku yang boleh anda baca untuk mendapat maklumat yang tepat
untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat, dapatkan dari saya dengan
email: drnormanmlk@yahoo.com.my.
Jadikanlah matlamat untuk mendapat kesihatan yang baik sebagai sebab utama
menurunkan berat badan kerana kesihatan yang baik akan terpancar sebagai
kecantikan yang sebenarnya.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, FAGE, MScAAARM
No comments:
Post a Comment