Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka menurun dan mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.Terdedah kepada cahaya matahari yang lama , merokok secara aktif atau pasif disamping faktor genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.
Pertama, selalulah menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.
matahari tengahari
Ketiga, ambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. Pengambilan suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.Ketujuh, pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan juga membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.
Amalkan pemakanan sihat, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya dan perlindungan dari cahaya mataharidisamping minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan kedutan pada kulit terutama pada wajah seseorang, Insyaallah.
Wassalam
Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, FAGE, MScAAARM)
Pengamal Perubatan Am,
Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan dan Perubatan Regeneratif
2 comments:
ooohhh...omega jugak ye....
Produk kulit yg disyorkan ade x?
Post a Comment